Sunday, March 30, 2008

idea baru


Gambar risalah ni sengaja diambil suatu masa dahulu. Ini kerana aku baru perasan yang aku gemar mengumpul risalah seperti ini. Jadi, aku akan mula mengambil gambar dan meletakkan gambar-gambar risalah yang aku telah kumpul hingga hari ini. The honour goes to Baoz untuk menjadi risalah pertama yang dipamerkan. Harap ia akan memberi kelainan pada blog ini. Sebabnya aku gemar makan pau selain donut. Hahaha...

Tuesday, March 04, 2008

my week

Minggu yang tidak bermula dengan baik. Aku agak leka dengan perbelanjaan sebulan dua ini. Sampaikan tidak simpan walau sepuluh ringgit pun seminggu seperti sebelumnya. Minggu ini perlu hantar draf pertama untuk kertas ilmiah. Analisis baru separuh jalan. Diganggu dengan rancangan di televisyen serta sudden interest terhadap land banking setelah melawat pameran kerjaya di KLCC jumaat lepas. Semalam setelah debate samada aku patut cuba menu baru McD dan minum cendol atau guna free coupon Pizza Hut, aku memilih untuk berjimat. Maka, sebelum pulang, aku ambil keputusan makan di Pizza Hut. Banyak barang yang dipegang termasuk buku yang baru dipinjam dari perpustakaan dan sweater. Jarang aku clumsy seperti itu, tapi entah bagaimnaa, ketika aku meletakkan barang-barang ke atas meja, buku terlanggar botol tabasco lalu jatuh ke lantai dan pecah. Just great. Malu jugak. Mesti staff diorang cakap dalam hati, Dah lah makan free. Pecahkan botol sos lagi. Haha. Nak tak nak, aku tebalkan muka dan makan pizza. Tak lalu habiskan pun. Bungkus bawa balik untuk mak buka puasa. Mujur dalam train tiada budak menangis lagi sepanjang perjalanan seperti yang berlaku dua minggu berturut-turut. Tapi ada juga yang sweet bila naik train, like last week a guy gave up his seat to me. I was so surprised with his gesture. Katanya lagi satu station je. Maybe aku nampak penat sangat kut. Besides, a few hours earlier dalam LRT, I gave up my seat to an older gentleman. That must be the reward. Tapi, yang penting, niat. Aku yang rasa tak sedap kalau that man doesn't accept it. Gotta go change pc. They want to use it.. Pakka!