Monday, May 12, 2008

stila cosmetics



Disebabkan ada pelawat yang sampai ke blog ni hasil carian 'stila cosmetics malaysia', aku tunjukkan risalah terbaru produk mekap kegemaran aku, 'stila'. Aku dapat ini semasa ke Isetan The Gardens bulan April yang lalu. Mereka sedang mengadakan promosi foundation. Aku guna stila natural finish oil-free makeup shade #b, cover up stick shade #c dan
Stila Illuminating Powder Foundation Spf 12 Refill - # 75 Watts

. Ini warna yang sesuai dengan aku yang berkulit putih kemerahan. Link itu hanya ke contoh produk. Bukan produk yang aku guna ya. Bagi mendapatkan warna yang betul-betul tepat dengan warna kulit, lebih baik ke kaunter stila dan jurujual mereka yang baik hati akan membantu anda dapatkan warna bedak asas yang paling hampir dengan warna kulit anda.


stila cosmetics boleh didapati di Malaysia di Parkson KLCC, 1 Utama, Gurney Plaza, Pavilion, and Sunway Pyramid. Juga di Isetan The Gardens Mid Valley, dan Metrojaya Mid Valley. Sepanjang pengalaman aku, jurujual mereka selalunya baik hati untuk menerangkan tentang produk walaupun aku beritahu aku hanya mahu melihat-lihat saja. Hehe.

Kalau ingin beli dengan harga yang lebih murah, boleh dapatkan di StrawberryNet. Cuma klik pada mana-mana link di atas. Penghantaran percuma ke seluruh dunia. Cuma perfume dicaj 10 peratus dari harga. Kosmetik percuma. Tak percaya? Email aku untuk tanya!

jadual rumah

Sedar tak sedar, sudah dua minggu aku melepak di rumah. Sejak tamat peperiksaan akhir, aku merancang pelbagai perkara untuk di lakukan. Ada yang sudah, ada yang belum dan ada yang tak tahu bila akan dilakukan. Masih tidak merasakan apa-apa perubahan selepas bukan lagi bergelar pelajar universiti. Aku masih rasa seperti sedang berada dalam cuti semester. Bezanya aku tentukan sendiri bila aku mahu cuti ini berakhir. Konvokesyen hanya akan berlangsung pada bulan 8. Masih banyak masa. Aku masih belum memohon kerja di mana-mana. Walaupun aku sudah kenal pasti beberapa syarikat yang nampak berpotensi, tapi aku belum bersedia untuk memberi komitmen kepada kerjaya. Jadi, apa yang aku buat di rumah? Walaupun bunyinya seperti makan tidur sahaja, aku sudah ada rutin baru sejak dua minggu yang lalu. Baca novel emak, basuh baju, sidai baju, lipat baju. Masak nasi goreng. Melayari internet. Termasuk menonton rancangan baru di televisyen serta yang paling teruja tentang sidang Parlimen yang boleh ditonton setiap hari biasa (ya, setengah jam saja tapi daripada tak ada langsung kan?) Ini jadual kasar setiap hari, jarang sekali berubah. Tapi tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad.

6.30 - Bangun Subuh sebab Emak yang gerak. Kalau aku sendiri, memang tidak lah jawabnya. Lepas tu tidur balik..

10.00 - Bangun tengok sidang Parlimen dan Martha Stewart. Sambil sarapan. Sarapan bergantung apa yang ada di rumah. Nescafe memang wajib. Kadang-kadang roti bawang putih, sosej, telur goreng.

11.00 - Masih tengok TV. Kali ini saluran kegemaran aku, Discovery Travel & Living atau Asian Food Channel atau National Geographic Channel atau Hallmark atau Channel E!

12.00 - Masuk dapur tengok apa yang ada. Atau basuh dan sidai baju. Buka komputer untuk check email dan melayari internet.

1.00 - Masak nasi goreng untuk makan tengahari adik aku yang akan balik sekolah nanti. Nasi goreng memang favorite dia, jadi aku tak susah-susah fikir apa mahu dimasak setiap hari. Cuma, kalau ibu suruh masak sesuatu, baru aku buat.


2.00 - sambung melayari internet sambil dengar Yahoo! Radio. Atau tulis sesuatu di dalam jurnal. atau baca novel Melayu emak yang sealmari tu.


4.00 - menonton TV sambil lipat baju sambil tunggu Emak balik dari pejabat. berbual dengan Emak tentang harinya di pejabat dan hariku di rumah. kadang-kadang teman Emak di dapur tengok Emak masak. Ya, 'teman' tu bermaksud aku duduk di meja makan dan tengok Emak masak. Kadang-kadang tolong kacau apa yang dimasak. Dan kadang-kadang belajar apa yang Emak sedang masak. Tapi selalunya aku tidak memberi perhatian sangat terhadap resepinya. Agak-agak aja lah. Dia selalu kata "Masak bukan susah sangat". Memang betul pun. Cuma aku yang malas.


Malam - Biasanya tiada aktiviti lain selain menonton TV atau membaca buku(maksudnya novel Inggeris), novel Melayu, majalah sambil dengar MP3 atau radio atau baring atas katil berangan.

Waktu tidur aku sejak akhir-akhir ini around pukul 3 pagi. Kalaupun baring dan tutup lampu jam 12, aku hanya akan terlelap jam 3. 3 jam pertama tu aku hanya akan bergolek kiri kanan. Perlu betulkan waktu tidur ini sebab aku sedang cari kerja sambilan untuk sementara waktu. Susah pulak bangun pagi nanti..


Hmm...