Aku kembali ke sini setelah sekian lama melarikan diri. Lari dari apa aku sendiri tak pasti. Selalu pun begitu. Kita buat sesuatu kadang-kadang tanpa berfikir. Hanya mahu ia mengikut cara kita walaupun akan melukakan hati orang lain dalam proses itu. Aku lebih dekat dengan pen dan kertas, sebab itu blog ini tak pernah dapat aku kekalkan dengan jayanya. Sepatutnya aku menulis di dalam jurnal, tapi jurnal lama telah kehabisan muka surat. Jurnal baru pula hanya akan aku beli bila aku ke Kinokuniya yang entah bila aku akan pergi. Nak buat macam mana sebab aku nak jurnal Paperblanks jugak. Paperblanks pertama yang aku beli di Borders The Curve 3 tahun dulu. Tapi bila aku cari jurnal tu di Borders The Gardens semalam, tak jumpa pula. Moleskin ada la. Tapi aku tak minat untuk jadikan jurnal sebab ia simple sangat pulak. Jadi, sebelum aku lupa apa yang aku nak luahkan, simpan saja di sini dulu.
Mak gerak bangun sembahyang Subuh. Umur aku dah 24, tapi Mak masih gerak pagi-pagi. Sebab tu agaknya aku tak kahwin-kahwin lagi. Aku terdengar bising-bising di luar bilik. Rupanya adik lelaki aku nak bertolak ke Melaka. Aku keluar bertanya dia akan bawa kereta apa sebab aku pun nak pegi kenduri kahwin hari ini. Kemudian, Mak kata dia terlupa yang aku pun nak guna kereta untuk ke kenduri kahwin rakan semasa di matrikulasi di Ampang. Aku bercakap dengan Abah yang duduk di ruang tamu membaca akhbar. Abah mahu memberitahu adik aku supaya bawa Wira dan tinggalkan Myvi untuk aku. Tapi Mak melarang kerana Mak kata nanti dia mengamuk. Perangai buruk cepat mengamuk tu memang Mak dah faham. Mak yang lahirkan, mestilah Mak tahu. Abah cakap aku tak cakap pun kenduri tu hari ni. Aku mengingatkan Abah yang aku tengok peta ke rumah pengantin tu malam tadi dengan dia. Takkan lah aku begitu excited nak pegi minggu depan, malam tadi dah tengok peta. Mak cadang Abah antar. Aku cuma membisu dan masuk bilik.
Perut aku rasa tak selesa selepas ke tandas. Mungkin sebab period juga kut. Seketika kemudian, aku terima pesanan ringkas dari rakanku, Ashley, dia memberitahu dia tidak pergi ke majlis perkahwinan di Ampang tu dan tanya jika aku ada beg untuk ke majlis makan malam. Aku beritahu ada dan dia membalas akan ke rumahku untuk meminjamnya. Mak ketuk pintu bilik dan menjengah ke dalam. Dia memberitahu yang Abah akan menghantar aku ke rumah kenduri itu. Lagipun aku mungkin tak tahu jalan pergi ke tempat tu. Aku cuma jawab OK. Kemudian, aku menghantar pesanan ringkas kepada rakanku, Sharon yang aku tidak akan memandu ke sana. Sebaliknya, kami akan dihantar. Dia hanya jawab ya dan bertanya jika Ashley pergi bersama. Aku membalas ringkas.
Justeru perubahan rancangan yang tiba-tiba membuatkan perut aku bertambah senak. Niat mahu tidur lagi tetapi terus dibatalkan apabila Mak melaung kepadaku menyuruh melipat baju yang dah melimpah bakul. Aku bangun sebab lapar. Waktu begini aku sedang sarapan di pejabat.
Jadi aku pun bangun, bukak notebook and mula menaip. Aku tak marah. Aku cuma kecewa. Makin dewasa aku lebih memahami diri sendiri. Apa yang berlaku apabila usia kita meningkat ialah kita makin matang. Dalam masa yang sama kita ingin jadi muda semula. Muda masa usia kita tak perlu bimbang tentang apa-apa pun. Bukan macam sekarang. Banyak benda perlu difikirkan. Kerja, masa depan, keluarga dan macam-macam lagi.