Women are like the police. They can have all the evidence in the world, but they still want the confession - Chris Rock
Tuesday, April 08, 2008
hari pertama minggu terakhir semester akhir
Seperti mana aku menulis setiap hari dalam minggu pertama semester akhir, aku juga akan melakukan yang sama minggu ini. Tidak pasti berapa kerap atau berapa patuh aku pada janji itu, sekurang-kurangnya aku akan cuba. Yeah. Ada perbincangan kumpulan yang diberi markah hari ini dalam kelas Bahasa Inggeris. Kumpulan aku masih tidak sempat membuat perbincangan di hadapan pensyarah. Akan bersambung pada hari Rabu nanti. Emak ke Temerloh kerana ada kursus. Jadi cuma aku dan Abah ke Tesco Selayang membeli barang dapur yang dah habis. Tapi tak best lah Tesco tu kerana ada barang-barang yang aku mahu telah kehabisan stok. Sebelum itu, aku makan tengahari di Sushi King Mid Valley bersama rakan sekelas. Ada promosi RM2 sepinggan untuk sushi tertentu. Rasa sedih pula bila teringat ini minggu terakhir kami menghadiri kelas dan tutorial sebelum peperiksaan akhir serta majlis perpisahan yang dalam perancangan. Khabarnya ada beberapa majlis perpisahan yang dirancang yang tidak pernah dilakukan di fakulti sebelum ini. Biar betul? Istimewa sangat kah graduan linguistik tahun ini? Yang pasti kami batch yang paling bising serta vokal menyuarakan pendapat kami. Petang tadi juga aku terima panggilan untuk menghadiri temuduga kerja. Aku memang berminat dengan kerja itu. Tapi, aku tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Aku beritahu pada Encik yang menelefon itu bahawa aku hanya akan mula bekerja dalam bulan Jun jika diterima. Aku juga menerima pelawaan untuk bertemu di pejabatnya minggu depan agar dia dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang job description dan sekaligus melihat samada aku sesuai dengan kerjaya itu. Aku rasa tidak ada masalah untuk menghadiri temuduga. Dapat atau tidak lain cerita. At least aku cuba dan buka minda aku terhadap pilihan-pilihan yang ada selain dalam bidang linguistik dan bahasa. Aku perlu berhenti di sini. Mengantuk. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris akan menyusul kemudian.
Friday, April 04, 2008
lonely planet - planet sunyi
I received this book as a token of appreciation for participating in a survey by Reader's Digest. The thing is, I can't even remember when I did the survey. There are other books in the Lone Planet Blue List series such as The Lonely Planet Bluelist 2006 (Lonely Planet's Blue List)
Thursday, April 03, 2008
malaysia book drive
Today we look at Malaysia Book Drive which aimed to help kids from selected primary schools in Johor Bahru and East Malaysia to continue reading their favorite books. The campaign was held in December 2007 in partnership with Astro, Ministry of Education, Nickelodeon, K-Zone and Borders Bookstores. For more information, click here.
Subscribe to:
Posts (Atom)