aku bangun kira-kira jam 9 pagi selepas mendengar suara Mak.. selepas sarapan Nescafe dan nasi goreng kami meninggalkan rumah kira-kira jam 1115.. aku tiba di LCCT lebih kurang jam 1210.. ketika itu, Elle sudah pun tiba.. kami menunggu Katya dan Vee.. Vee tiba menaiki bas bersama seorang rakan sekelas ku juga.. Katya dihantar oleh ayah dan adik perempuannya.. kami checked-in kira-kira jam 1 dan menuju ke gate pada pukul 1350.. kami terpaksa beratur hingga 1430 sebelum gate dibuka dan semua orang practically running to book a seat..
itu pertama kali aku menaiki AirAsia.. lebih tepat lagi pertama kali menaiki kapal terbang.. aku tidak berlari kerana aku perlu menarik hand luggage yang berat lebih kurang 7 kg.. Vee telah pun mencari tempat untukku.. kapal terbang berlepas jam 1450 dan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau pada jam 1835.. aku agak risau takut-takut aku muntah atau pening.. tapi aku tidak merasa apa-apa yang luar biasa sekali pun.. aku makan sandwich dan minum coklat panas di atas flight tadi.. pengalaman pertama itu tidak menakutkan seperti yang pernah aku baca.. sempat tidur lagi.. tatkala itu teringat pada seorang teman yang sedang berada di akademi juruterbang.. suatu hari nanti, dia akan menerbangkan pesawat sebesar inilah.. sayang sekali dia sudah berpunya..
kami mengambil teksi untuk ke Universiti Macau.. kolej kediaman nya terletak di atas bukit dan aku terpaksa menarik bagasi aku yang seberat 18 kg itu ke atas bukit.. berpeluh tak usah cakaplah.. kami sampai di bilik jam 8 malam.. rakan sebilik ku, Renee adalah rakan satu sekolah menengah dahulu.. aku tidak pernah bercakap dengannya cuma wajahnya aku kenali.. kami bertemu kembali kerana kursus musim panas ini.. aku agak wary pada mulanya, tetapi kami menghormati satu sama lain dan dia faham yang aku perlu pray di dalam bilik yang kecil itu.. walau hakikatnya, aku tidak pasti sebersih mana lantai bilik itu walaupun setelah dimop.. kami makan di McD dan aku cuma makan jagung dalam cawan.. kemudian membeli barangan makanan di kedai runcit serta kad pra bayar talian Macau.. setelah balik ke bilik, aku mandi dan terus tidur kepenatan...
No comments:
Post a Comment