Monday, September 01, 2008

akhirnya...

Nampaknya tempat ini sudah sangat berhabuk.. hampir 4 bulan tidak dikemaskini.. bukannya tiada sambungan internet atau perlu menyiapkan kerja kursus.. cuma rasa malas yang melanda, maka aku tidak menulis sejak sekian lama.. banyak yang telah berlaku dalam 4 bulan ini.. ada yang sudah berubah, ada pula yang masih kekal begitu.. sekitar bulan 6, aku cuma buat kerja sambilan di luar dan juga penterjemahan.. bulan 7, aku ke China selama sebulan mengikuti kursus musim panas bahasa Portugis anjuran universiti di sana.. bulan 8 pula aku sibuk menerima ijazah sarjana muda bahasa & linguistik dan menemui rakan-rakan yang balik bercuti musim panas di Malaysia.. aku masih belum mencari kerja tetap kerana sekarang sudah puasa, jadi alang-alang puasa, lepas raya baru mula bekerja.. tapi rasa macam hendak sambung belajar pulak.. mohon saja dahulu.. dapat atau tidak lain cerita.. kalau dapat perlu cari sponsor pula.. jadi buat masa ini, teruskan kerja sambilan penterjemahan yang agak lumayan juga.. tapi bosan pula duduk kat rumah.. sigh..

All major brands of skincare and makeup, with free worldwide shipping, from StrawberryNET.com

No comments: