Monday, December 31, 2007

mata luas tertutup

badan letih. mata pedih. aku tidur dari pukul 6.30 sampai pukul 9. tersedar bila adik aku minta duit nak top up. hari pertama kuliah semester akhir bermula agak baik aku kira. aku tak dapat melelapkan mata malam semalam. mungkin terlalu teruja mula semester baru. padahal aku minum kopi pukul 11 malam. sudahnya sampai pukul 6, aku bergolek kiri kanan atas katil. padan muka.

kuliah pukul 8 dibatalkan. pensyarah tak datang. dewan kuliah agak penuh. bukan aku sorang yang sayang nak ponteng kuliah ni. mungkin mereka juga berpendapat seperti aku. save untuk minggu2 depan. haha. kelas pukul 10 berjalan seperti biasa. hari pertama dan kami sudah diminta buat public speaking 3 minit. pekenalkan diri dan talk about something that people don't know about you. mudah saja. kelas tamat jam 12.30.

kami decide untuk makan tengahari di Tony Roma's Cineleisure. sebelum pergi, aku singgah di comp lab untuk buat perbankan internet. transfer duit masuk akaun sendiri kerana kad ATM bapa aku ada masalah. jalan jam lepas simpang ke Mutiara Damansara. kami buat lawak sesama sendiri. awalnya mereka datang untuk countdown. lunch pada hari pertama kuliah semester baru memang menjadi ritual kami. selain jadi sesi bergambar, ia juga jadi sesi buat havoc di restoran yang menjadi pilihan. sebab selalunya kami lah meja yang paling ramai dan yang paling bising di situ. lunch hari ni tidak ramai . cuma 5 orang. sebabnya, ada 5 orang lagi yang belum balik dari cuti. so, tak cukup korum lah sebenarnya. tak pelah, ari rabu ada lagi.

after lunch
, kami check out magazine shop di tingkat bawah Cineleisure. kedai tersebut menjual majalah2 luar negara terbitan lepas dalam lingkungan harga rm5 hingga 30. berpatutan aku kira. aku tak beli pun. sebab bulan ni, aku dah overspend untuk magazine. so, bulan depan maybe. aku singgah bank untuk ambil duit dan kemudian masuk Border's. kedai buku adalah tempat yang wajib aku pergi setiap kali aku keluar. tak kiralah, dimana saja, chain bookstore or independent bookstore. as long as they sell books, i just have to walk through their door.

esok birthday adik bongsu aku. aku pun melilau cari apa yang boleh aku hadiahkan padanya. aku ternampak hand phone holder. macam leather with quirky design. perfect for him. aku tengok jam almost 4.15. adik aku yang sorang lagi dah keluar rumah dan should be here in 5 minutes. aku pun cepat-cepat bayar dan terus ke tempat biasa untuk tunggu dia. balik aku singgah kedai untuk beli makanan kucing. Tok dah bising. kucing tuh lapar. Seriously Tok, ramai jiran tolong bagi diorang makan. Tak matinyer kucing tuh.

aku masuk bilik dan terus baring dan pejam mata atas katil. effect tak tidur malam semalam baru terasa. tengok jam pukul 5.15. aku bangun mandi, sembahyang and drink a glass of water. light Coke di Tony Roma's tadi buat aku sendawa. aku buka tv dan tonton Channel E!. mata makin pedih. sampai 6.30 aku give up. masuk bilik. letak je kepala atas katil, terus lelap till 2 hours later...

aku bangun, cuci muka, minum air lagi. my lips chapped very badly this few days. aku tak tahu kenapa. tonton tv. agak menarik sampailah pukul 11. aku bosan lalu on pc. banyak idea nak cerita. aku dah pun tulis ataa kertas takut lupa. sekarang aku patut Google, research paper semantics. apa agaknya cadangan topik ni?

Sunday, December 30, 2007

Resipi Itali hasil air tangan Gadis Melayu

Semasa aku sedang menaip nukilan ini, cupcakes aku sedang dibakar di dalam oven. He he. Aku tak la rajin sangat memasak. Tetapi hari ni aku bersemangat nak memasak seperti mana semalam aku bersemangat nak menulis blog dalam Bahasa Melayu. Asalnya aku cuma hendak memanggang pumpkin seeds. Lepas itu aku terfikir, alang-alang nak membakar, apa kata aku buat cupcakes. Chocolates buttons pun masih ada dalam fridge. Selepas aku panggang pumpkin seeds, aku pun mula mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat cupcakes.

Untuk pengetahuan kamu, itu bukan sahaja hidangan aku untuk hari ini. Untuk makan tengahari tadi aku telah menyediakan errr resipi itu tiada nama sebenarnya kerana ia rekaan spontan. Ok lah paling senang letak nama sendiri. Spaghetti Nia. Baiklah, ini adalah bahan-bahan untuk menyediakan resipi tersebut.

Bahan-bahan:

12 biji sosej koktel
1 tin cendawan butang
1 cawan frozen mixed vegetables
all purpose seasoning
Italian herbs
Cayenne ground pepper extra hot
lada hitam berperisa
2 sudu extra virgin olive oil
3 ulas bawang putih dihiris halus
garam secukup rasa
spaghetti direbus dan ditos (boleh guna pasta lain jika suka, seperti linguine, penne, atau fusilli)

Cara-cara penyediaan:

1. Belah koktel sosej kepada dua agar lebih kecil. Perapkan dengan all purpose seasoning, italian herbs, cayenne ground pepper extra hot dan lada hitam berperisa selama 15 minit.

2. Bring water to boil dan rebus spaghetti hingga el dente.

3. Keluarkan cendawan butang dari tin dan toskan airnya hingga kering. Potong dua cendawan butang tersebut.

4. Panaskan extra virgin olive oil. Tumis bawang putih hingga naik bau

5. Masukkan sosej koktel dan cendawan butang. Goreng hingga agak garing lebih kurang 7 minit.

6. Masukkan mixed vegetables dan tutup selama 5 minit.

7. Masukkan garam secukup rasa.

8. Akhir sekali, masukkan spaghetti dan kacau selama 2 minit. Siap untuk dihidangkan.

Maaf tiada gambar untuk aku siarkan sebab aku lupa nak ambil gambar hidangan itu. Dan ia telah pun habis dimakan oleh aku dan adik-adik aku. Ha ha.
Nanti, aku akan berikan resipi cupcakes yang aku ubahsuai ikut citarasa aku. Sebenarnya sebab ada bahan yang tidak ada di rumah. Hehe.
Jumpa lagi di lain rancangan! Selamat mencuba!

Saturday, December 29, 2007

Kertas ilmiah semantik

Ini post ketiga untuk hari ini. Nampak sangat aku tidak ada benda yang perlu dilakukan selain dari update blog ni. Maklumlah semangat masih membara so, teruskan menaip. Sebenarnya dah hampir tamat cuti semester yang terakhir sebelum aku pakai jubah dan ambik skrol lagi 8 bulan. Habis belajar lagi 5 bulan. Biasanya konvokesyen bulan 8 or 9 kat universiti tempat aku belajar. Minggu depan akan bermula semester terakhir.

Terus terang, aku memang menantikan sangat habis belajar sebab aku dah penat belajar. Belajar. Bukan baca buku. Baca buku, kalau yang aku suka tak rasa penat. Cuma, setelah 4 tahun belajar, 3 kerja sambilan, dan 2 fakulti (eh, macam familiar!) aku tak rasa nak sambung belajar lagi. Tengoklah macam mana keadaan. Keadaan minda dan kewangan. Sekarang ni kewangan memang tak stabil. Sebulan cuti dan pertama kali aku tidak bekerja sambilan semasa cuti semester. (sejak 2005 lah!)

Mulanya memang nak kerja, tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, aku melangut kat rumah selama 6 minggu. Aku pujuk diri sendiri cakap, enjoy lah holiday ni dok rumah puas-puas. Lepas ni dah takde cuti semester lagi dah. Lepas habis belajar ni, kalau aku tak kerja lagi aku akan dipanggil penganggur. Bukannya bercuti lagi. So, 6 minggu, aku makan, baca buku, tengok tv, tengok wayang, tengok lukisan, jalan-jalan kat The Curve n One Utama, Gardens dan Pavilion , internet, dan tidur. Sekurang-kurangnya aku baca buku. Jadi masih produktif, pada pendapat aku.

Minggu lepas, aku teringat yang aku perlu menulis kertas ilmiah untuk tujuan pengijazahan. Dua jam kredit . Tapi kena tulis 6000 words. Tak berbaloi! Topik memang sudah diberi sebelum cuti lagi. Bahkan sebelum mula peperiksaan semester lepas sudah disuruh pilih hendak tulis tentang apa. Aku pilih Semantik. Sebab itu saja yang aku minat selain dari Morfologi yang sayangnya tidak ada dalam senarai. Rugi tul! Maka, aku akan mula Google 'semantics' dan pinjam buku di perpustakaan. Itu To Do List minggu depan. =)

Oh ye. Kalau sesiapa ada idea tentang apa yang patut aku fokuskan dalam kertas ilmiah semantik ni, sila tinggalkan komen. Atau buku cadangan (book suggestion) tentang semantik.

Nota: Buku cadangan? Betul ke terjemahan book suggestion ni? Mati aku kalau pensyarah kelas Penterjemahan aku nampak. LOL

Cadar Tebal Pelangi

Disebabkan semangat yang berkobar-kobar nak tulis blog dalam Bahasa Melayu, aku baru sedar yang nama blog aku ni, tidak Melayu langsung. Rainbow Duvet. Terjemahan terus ke Bahasa Melayu menjadi Cadar Tebal Pelangi. Cam apa je. Ni bukan tajuk filem atau sajak, atau syair atau apa2 je la. Sebenarnya aku memang mepunyai cadar tebal yang mempunyai jalur berwarna-warni. Rakan sebilik aku semasa di universiti mengatakan cadar tebal itu mempunyai corak kuih lapis sebab ia macam jalur tapi berwarna-warni. Ada ke patut. Aku lebih suka fikir ia sebagai corak pelangi. Itu sebabnya nama blog Bahasa Inggeris aku diberi nama itu.

Tapi sekarang aku tulis blog dalam Bahasa Melayu. Terjemahan terusnya tak menarik langsung. Tak tau la kalau ia boleh menarik pembaca, mungkin aku akan gunakan nama tersebut.
Hmm, ada sesiapa tahu dimana aku boleh beli DVD cerita bahasa asing selain daripada Bahasa Inggeris di Lembah Klang ni? Speedy dan Rock Corner tak banyak pilihan la. Selalunya aku beli di Amazon. Tapi mahal. Tak boleh beli kerap. Sesiapa tahu, email aku. Pakka!

permulaan

Aku dah lama tak menulis dalam Bahasa Melayu. Aku rasa kebanyakan blogger yang sebelum ini menulis dalam Bahasa Inggeris juga mula menulis dalam Bahasa Melayu pernah melalui pengalaman itu. Sejak habis Tingkatan Lima, aku sudah tidak tulis lagi karangan tentang pencemaran, faedah membaca, bagaimana petroleum dihasilkan dan sebagainya. Masuk matrikulasi pun sudah tiada kelas Bahasa Melayu. Yang ada cuma kelas MUET. Masuk tahun satu di universiti, yang aku rindu kelas Bahasa Inggeris. Mungkin aku sangat suka akan bahasa itu. Bahasa penjajah? Kalau diorang tak datang jajah, mungkin Malaysia tidak seperti hari ni. Tanah Melayu? Entah.

Aku tidak menulis blog sebelum ini kerana aku rasa seorang yang private. Segan orang baca. Aku hanya menulis di dalam journal dan boleh dikira berapa muka surat yang menggunakan Bahasa Melayu. Bukan berlagak atau apa. Tapi salah satu sebab aku menulis journal adalah untuk memastikan minda aku sentiasa aktif. Dan minda aku lebih aktif jika aku menulis dalam Bahasa Inggeris. Itu penting untuk kerjaya aku pada masa depan. Walaupun aku sendiri tidak pasti kerjaya apa.

Mungkin sindrom tahun baru, azam baru dan sebagainya atau excited sebab lagi 5 bulan aku dah tak payah pergi kuliah, atau pun sebab aku nak jadi famous macam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Melayu Minimalis, maka aku pun nak menulis blog dalam Bahasa Melayu. Ha ha ha. Mungkin ada pembaca yang fikir, kesian perempuan ni. Peduli apa aku!

Sekarang aku tengah fikir bagaimana nak dapatkan pembaca ke blog aku. Hidup aku nak kata sangat menarik, tak jugak, bosan sangat tak jugak. Aku tak ada cerita menarik tentang bikini, fesyen, fazura, sastera atau sebagainya. Literature aku baca tapi ade ke orang nak baca pasal Tolstoy dalam Bahasa Melayu. Literature Proust, Rimbaud, Goethe, itu milik Abang Neraka. Ataupun guna pendekatan syok sendiri. Tulis sendiri dan baca sendiri.

Benda-benda yang aku minat ialah buku, rancangan di saluran Discovery Travel & Living, Star World, Hallmark, AXN, Kirana untuk cerita2 dalam bahasa asing dan bag. Ya, aku suka bag. Perempuan. Nak buat macam mana. Jadi untuk permulaan aku rasa nak bercerita tentang pelbagai benda yang aku suka. Lepas ini, baru aku fikir, apa sebenarnya yang aku nak kongsikan dengan bloggers.

Memang perasan. Kononnya ada orang yang nak baca blog aku. Lol!