Saturday, December 29, 2007

permulaan

Aku dah lama tak menulis dalam Bahasa Melayu. Aku rasa kebanyakan blogger yang sebelum ini menulis dalam Bahasa Inggeris juga mula menulis dalam Bahasa Melayu pernah melalui pengalaman itu. Sejak habis Tingkatan Lima, aku sudah tidak tulis lagi karangan tentang pencemaran, faedah membaca, bagaimana petroleum dihasilkan dan sebagainya. Masuk matrikulasi pun sudah tiada kelas Bahasa Melayu. Yang ada cuma kelas MUET. Masuk tahun satu di universiti, yang aku rindu kelas Bahasa Inggeris. Mungkin aku sangat suka akan bahasa itu. Bahasa penjajah? Kalau diorang tak datang jajah, mungkin Malaysia tidak seperti hari ni. Tanah Melayu? Entah.

Aku tidak menulis blog sebelum ini kerana aku rasa seorang yang private. Segan orang baca. Aku hanya menulis di dalam journal dan boleh dikira berapa muka surat yang menggunakan Bahasa Melayu. Bukan berlagak atau apa. Tapi salah satu sebab aku menulis journal adalah untuk memastikan minda aku sentiasa aktif. Dan minda aku lebih aktif jika aku menulis dalam Bahasa Inggeris. Itu penting untuk kerjaya aku pada masa depan. Walaupun aku sendiri tidak pasti kerjaya apa.

Mungkin sindrom tahun baru, azam baru dan sebagainya atau excited sebab lagi 5 bulan aku dah tak payah pergi kuliah, atau pun sebab aku nak jadi famous macam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Melayu Minimalis, maka aku pun nak menulis blog dalam Bahasa Melayu. Ha ha ha. Mungkin ada pembaca yang fikir, kesian perempuan ni. Peduli apa aku!

Sekarang aku tengah fikir bagaimana nak dapatkan pembaca ke blog aku. Hidup aku nak kata sangat menarik, tak jugak, bosan sangat tak jugak. Aku tak ada cerita menarik tentang bikini, fesyen, fazura, sastera atau sebagainya. Literature aku baca tapi ade ke orang nak baca pasal Tolstoy dalam Bahasa Melayu. Literature Proust, Rimbaud, Goethe, itu milik Abang Neraka. Ataupun guna pendekatan syok sendiri. Tulis sendiri dan baca sendiri.

Benda-benda yang aku minat ialah buku, rancangan di saluran Discovery Travel & Living, Star World, Hallmark, AXN, Kirana untuk cerita2 dalam bahasa asing dan bag. Ya, aku suka bag. Perempuan. Nak buat macam mana. Jadi untuk permulaan aku rasa nak bercerita tentang pelbagai benda yang aku suka. Lepas ini, baru aku fikir, apa sebenarnya yang aku nak kongsikan dengan bloggers.

Memang perasan. Kononnya ada orang yang nak baca blog aku. Lol!

No comments: