Monday, February 18, 2008

tak sempat

Mulanya nak menulis satu nukilan hari ni. Tapi sibuk mencari best deal untuk bercuti ke Sabah, terus lost track of time. Just great!

Wednesday, February 13, 2008

hendak ada atau tidak?

Well.. Lecturer mula-mula kata kelas habis awal hari ni. Tapi, tak berapa awal sangat la. Macam biasa jugak. Tapi, subjek Etika Professional ini antara subjek yang paling aku enjoy selama 3 tahun di fakulti. Jadi, 2 jam setengah itu bukanlah satu penyeksaan minda. Cuma minda aku yang dah look forward untuk balik cepat. Seperti biasa kami berbincang dan mendengar pendapat tentang isu-isu etika dan undang-undang di tempat kerja.

Ia membawa kami juga pada perbincangan tentang anak. Tentang apa yang kita lakukan untuk orang yang kita sayang. Dalam kes anak, seorang ibu biasanya dikatakan memberi unconditional love. Tidak kira apa juga yang anak itu lakukan, ibu pasti akan maafkan kesalahan anaknya itu. Tidak kira sebesar mana pun dosanya. Seorang rakan memang tidak bersetuju dengan konsep unconditional love ini. Bagi dia, ia sebenarnya conditional. Sebab kalau dia tidak melahirkan anak itu, dia tidak ada sebab untuk menyayanginya. Itu pendapat dia.

Aku sendiri masih mempertimbangkan samada ingin mempunyai anak atau tidak. Culture kita di Malaysia masih belum dapat terima konsep child-free. Mereka melihat wanita yang tidak mempunyai anak sebagai mempunyai kekurangan. Tidak wanita sepenuhnya jika tidak mempunyai anak. Child-less kata mereka. Penggunaan suffix yang berbeza ini jelas menunjukkan perbezaan cara pemikiran mereka. Free as they are not attached to other human being. Less as they are not complete without them.
Pagi ini, dalam kelas ketika kami memilih peranan untuk suatu perbincangan, aku memilih peranan sebagai wanita yang berumur 33 tahun yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Cepat sekali Puan Pensyarah bertanya, "Dah 33 tahun belum ada anak?". You see what I mean? Emak aku pun mungkin tidak bersetuju jika aku membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak. Dia memang rapat seperti kawan baik kepada aku. Tapi, dalam soal ini, aku dapat merasakan dia tidak berfikiran seterbuka itu..

Lambat laun aku perlu decide. Berapa ramai lelaki Melayu yang tidak mahu anak? Mungkin aku perlu cari boyfriend Mat Saleh. Haha..

sibuk dan down

Hampir dua minggu aku tidak menulis. Menulis dalam blog maksud aku. Aku ada menulis dalam jurnal tetapi sudah agak malas hendak menaip di komputer. Mungkin bila MacBook sampai, aku akan kembali rajin. Haha. Aku seperti biasa menyemak senarai lawatan ke blog ini. Paling banyak hasil carian tentang faizal tahir. Tak habis lagi ke isu tu? Aku juga menjadi curious dengan mereka yang memang melawat blog ini atas sebab ingin membaca tulisan aku. Mungkinkah mereka kecewa kalau aku tidak menulis apa-apa? Sebabnya aku doubt ada orang yang baca tulisan ini. Sejujurnya aku menulis atas dasar mencuba sesuatu yang baru dan ekspresi diri. Selain memikirkan idea untuk mencari duit lebih untuk beli beg Kipling dan LeSportSac.
Minggu lepas cuti seminggu dari kuliah. Tidak bercuti kemana-mana cuma keluar dengan rakan-rakan baik aku. Sejak akhir-akhir ini, kami lebih kerap berjumpa. Mungkin jadual waktu yang semakin relax dan kebetulan ramai yang kini berada di Kuala Lumpur.
Oh yeah. Aku juga banyak pergi kenduri kahwin dalam sebulan dua ini. Di Shah Alam, Selayang, Ampang, Melawati. Ramai pulak orang kahwin awal-awal tahun ni. Bosannya apa yang aku tulis ni. Hari tu dah dapat idea. Kononnya hendak tulis tentang satu perkataan setiap hari. Malangnya, hampir dua minggu dan aku masih belum mula. Selain itu, aku memasak Ratatouille dan Baklava semalam. Terima kasih kepada rakan baik aku, Debra. Disebabkan aku down lepas dengar dia bercerita tidak henti-henti tentang teman lelakinya, aku terpaksa memasak sebagai terapi. Oklah memang tanggungjawab aku sebagai kawan baik untuk dengar cerita tentang teman lelaki dia. Tapi penat juga kan kalau sesekali jumpa pun kena dengar kan? Cooking is therapeutic you know. Hari Ahad aku buat kek cawan cair di tengah. Resepi akan diposkan kemudian. Makmal komputer nak tutup pula. Sambung petang nanti kalau sempat.. Pakka!

Friday, February 01, 2008

Kenapa Melayu panggil suami mereka 'Abang'?

Dah lama tak tulis sebab sibuk dengan aktiviti fakulti dan kertas ilmiah. Ditambah pula dengan kesukaran untuk mendapat akses internet, aku kurang semangat untuk menulis. Selain itu, faktor sosial seperti akiviti pergi kenduri kahwin abang dan kakak kepada rakan-rakan rapat aku. Bila cerita pasal kahwin, aku teringat pada hubungan suami isteri. Membawa aku kepada perbualan dengan rakan-rakan bukan-Melayu minggu lepas. Perkara ini sering menjadi kemusykilan mereka. Why do Malay, call their husband 'abang'? They call their older brother 'Abang' and their husband 'Abang' too? Isn't that funny? Pada fahaman aku, panggilan abang kepada suami adalah tanda hormat kepada mereka. Memang selalunya pun si suami lebih tua daripada isteri. Tapi bukan semua wanita Melayu memanggil suami mereka 'Abang'. Ada yang hanya panggil nama sahaja. Selalunya yang dah moden la. Tapi ada juga yang moden tapi masih berpegang pada amalan itu. Atau pun panggil 'Ayah' atau 'Papa'. Worse,'Bapaknya'. Kononnya hendak ajar anak panggil bapa mereka dengan panggilan itu. Aku tidak setuju langsung. Takkanlah anak itu tidak tahu beza yang mana satu abang dengan ayah kandung mereka. Kalaupun dibesarkan dengan Bahasa Inggeris, takkan anak itu akan memanggil bapanya dengan first name atau 'Abang' sebab ibunya memanggil bapa dengan panggilan itu. Ada juga yang memanggil 'Sayang' atau 'Darling'. Bergantung pada diri masing-masing. Emak aku tradisional. Dia insists aku panggil suami dengan panggilan 'Abang'. Bila aku kahwin nanti la. The thing is, aku pun tak berapa suka dengan panggilan tu. Haha. But I'll worry about it when the time comes..