Wednesday, February 13, 2008

hendak ada atau tidak?

Well.. Lecturer mula-mula kata kelas habis awal hari ni. Tapi, tak berapa awal sangat la. Macam biasa jugak. Tapi, subjek Etika Professional ini antara subjek yang paling aku enjoy selama 3 tahun di fakulti. Jadi, 2 jam setengah itu bukanlah satu penyeksaan minda. Cuma minda aku yang dah look forward untuk balik cepat. Seperti biasa kami berbincang dan mendengar pendapat tentang isu-isu etika dan undang-undang di tempat kerja.

Ia membawa kami juga pada perbincangan tentang anak. Tentang apa yang kita lakukan untuk orang yang kita sayang. Dalam kes anak, seorang ibu biasanya dikatakan memberi unconditional love. Tidak kira apa juga yang anak itu lakukan, ibu pasti akan maafkan kesalahan anaknya itu. Tidak kira sebesar mana pun dosanya. Seorang rakan memang tidak bersetuju dengan konsep unconditional love ini. Bagi dia, ia sebenarnya conditional. Sebab kalau dia tidak melahirkan anak itu, dia tidak ada sebab untuk menyayanginya. Itu pendapat dia.

Aku sendiri masih mempertimbangkan samada ingin mempunyai anak atau tidak. Culture kita di Malaysia masih belum dapat terima konsep child-free. Mereka melihat wanita yang tidak mempunyai anak sebagai mempunyai kekurangan. Tidak wanita sepenuhnya jika tidak mempunyai anak. Child-less kata mereka. Penggunaan suffix yang berbeza ini jelas menunjukkan perbezaan cara pemikiran mereka. Free as they are not attached to other human being. Less as they are not complete without them.
Pagi ini, dalam kelas ketika kami memilih peranan untuk suatu perbincangan, aku memilih peranan sebagai wanita yang berumur 33 tahun yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Cepat sekali Puan Pensyarah bertanya, "Dah 33 tahun belum ada anak?". You see what I mean? Emak aku pun mungkin tidak bersetuju jika aku membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak. Dia memang rapat seperti kawan baik kepada aku. Tapi, dalam soal ini, aku dapat merasakan dia tidak berfikiran seterbuka itu..

Lambat laun aku perlu decide. Berapa ramai lelaki Melayu yang tidak mahu anak? Mungkin aku perlu cari boyfriend Mat Saleh. Haha..

No comments: