Dah lama tak tulis sebab sibuk dengan aktiviti fakulti dan kertas ilmiah. Ditambah pula dengan kesukaran untuk mendapat akses internet, aku kurang semangat untuk menulis. Selain itu, faktor sosial seperti akiviti pergi kenduri kahwin abang dan kakak kepada rakan-rakan rapat aku. Bila cerita pasal kahwin, aku teringat pada hubungan suami isteri. Membawa aku kepada perbualan dengan rakan-rakan bukan-Melayu minggu lepas. Perkara ini sering menjadi kemusykilan mereka. Why do Malay, call their husband 'abang'? They call their older brother 'Abang' and their husband 'Abang' too? Isn't that funny? Pada fahaman aku, panggilan abang kepada suami adalah tanda hormat kepada mereka. Memang selalunya pun si suami lebih tua daripada isteri. Tapi bukan semua wanita Melayu memanggil suami mereka 'Abang'. Ada yang hanya panggil nama sahaja. Selalunya yang dah moden la. Tapi ada juga yang moden tapi masih berpegang pada amalan itu. Atau pun panggil 'Ayah' atau 'Papa'. Worse,'Bapaknya'. Kononnya hendak ajar anak panggil bapa mereka dengan panggilan itu. Aku tidak setuju langsung. Takkanlah anak itu tidak tahu beza yang mana satu abang dengan ayah kandung mereka. Kalaupun dibesarkan dengan Bahasa Inggeris, takkan anak itu akan memanggil bapanya dengan first name atau 'Abang' sebab ibunya memanggil bapa dengan panggilan itu. Ada juga yang memanggil 'Sayang' atau 'Darling'. Bergantung pada diri masing-masing. Emak aku tradisional. Dia insists aku panggil suami dengan panggilan 'Abang'. Bila aku kahwin nanti la. The thing is, aku pun tak berapa suka dengan panggilan tu. Haha. But I'll worry about it when the time comes..
No comments:
Post a Comment