Tuesday, April 29, 2008

apa seterusnya?

Ternyata aku tidak menepati apa yang aku rancangkan. Agak kecewa tapi hidup harus diteruskan. Sabtu lalu secara tidak rasmi tamatlah pengajian aku di universiti. Peperiksaan akhir tamat jam 1.30 tengahari. Selama 5 tahun aku di situ bermula dari matrikulasi hingga ke ijazah pertama. 'Gembira' perkataan yang kurang sesuai menggambarkan perasaan aku. Ia terlalu vague. I guess it hasn't hit me yet the meaning of all this. Ada sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum konvokesyen. Perancangan awal mahu berehat sebulan dua setelah penat menghadap buku selama ini. Tetapi, something came up and I have to wait at least 1 week from now to know the outcome. Kalau jadi, aku perlu cari kerja part time hingga Jun dahulu. Kalau tidak, kembali ke rancangan asal. Dalam masa yang uncertain ini, aku bercadang untuk makan, tidur, catch up on my reading, my drama series and try out new recipes. Semalam baru aku mula mengemas bilik yang bersepah dengan buku dan kertas-kertas nota. Selama ini, aku berkongsi katil dengan buku-buku serta risalah-risalah yang aku kutip untuk rujukan. Perasaan aku bercampur baur antara excited, sorrow and anxious. Tiba-tiba aku rasa takut untuk menghadapi semua ini. Temuduga kerja yang dijadualkan minggu lepas, aku minta ditukar pada Jumaat ini. Aku rasa tak bersedia untuk berdepan dengan bakal majikan. Mungkin juga aku dalam denial kerana tiada lagi peperiksaan, assignment, kuliah dan kelas tutorial. Esok, aku akan menghadiri jamuan perpisahan di fakulti anjuran pensyarah dengan kerjasama rakan-rakan. Jamuan pot luck itu akan diadakan di salah satu kelas terawal yang kami gunakan sepanjang di di fakulti. Aku bercadang untuk membawa rendang dan puding karamel. Rendang masakan emak tapi puding karamel aku sediakan sendiri. Kemungkinan itu kali terakhir ke sana sebelum konvokesyen. Aku tidak pasti ingin memohon jawatan pembantu penyelidikan (RA) atau tidak. Kalau boleh ingin cari pengalaman di tempat lain dan cuba sesuatu yang belum pernah aku lakukan. Harapnya menjadi kenyataan. You know what, if you want something really bad, you'll find a way to make it happen. That's exactly what I am going to do.

No comments: