Baklava adalah manisan yang berasal dari negara Greece. Ia juga terkenal di Timur Tengah. Kalau anda malas buat sendiri, boleh saja beli di specialty store yang menjual bahan-bahan masakan dari Timur Tengah. Antaranya di Angir , LG-232C, The Gardens, Mid Valley dan Fruits & Nuts Enterprise di Lower GF, Ikano Power Station. Harganya kalau tidak silap RM9 setiap 100gram. Tapi sesiapa yang rajin, boleh cuba resipi ini yang diambil dari AstroView January 2008 issue.
Bahan-bahan:
1 pek kepingan filo pastri
1 pound badam dihancurkan
minyak zaitun
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan madu
Cara penyediaan:
1. Masak air dan gula di dalam periuk hingga gula larut. Campurkan vanila dan madu dan biar mendidih hingga menjadi sirap. Biarkan sirap menjadi sejuk.
2. Panaskan ketuhar ke 175 C. Sapukan mentega pada lapisan bawah dulang pembakar yang berbentuk segiempat.
3. Mulakan dengan meletakkan dua kepingan filo pastri dan sapukan minyak zaitun atas permukaannya. Ulang hingga anda mendapat 8 lapisan pastri di dalam dulang pembakar.
4. Campurkan badam hancur dengan kayu manis dan taburkan di atas pastri. Tutup dengan 8 lapisan filo pastri lagi. Jangan lupa untuk menyapu minyak zaitun di atas permukaan setiap dua lapisan.
5. Bakar selama kira-kira 50 minit hingga baklava menjadi perang dan rangup. Selepas dikeluarkan dari ketuhar, terus tuangkan sirap ke atasnya. Biarkan sejuk dan selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment