Thursday, January 24, 2008

kuasai Bahasa Inggeris tapi jangan lupakan Bahasa Melayu

Cerita ni agak lama la. Tapi, aku nak cerita juga. 3 minggu lepas, aku membaca buku An Introduction to the Study of Morphology oleh Vit Bubenik. Beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Linguistik di Memorial University of Newfoundland. Untuk pengetahuan semua, universiti ini terletak di Kanada.

Apa yang menarik perhatian adalah penggunaan Bahasa Melayu sebagai contoh dalam buku rujukan itu. Itu pertama kali aku jumpa buku rujukan morfologi dalam English yang ambil Bahasa Melayu sebagai contoh. Biasanya contoh-contoh adalah dari bahasa Latin, Yunani, Sanskrit atau Arab. Mungkin juga aku tidak banyak membaca buku morfologi. Beliau membandingkan unsur penggandaan dalam Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Yunani dan Arab. Penggandaan dalam Bahasa Melayu juga boleh membawa maksud berlainan. Contoh yang beliau gunakan adalah 'mata'= eyes dan 'mata-mata'= policeman.

Memang aku rasa agak bangga kerana Bubenik menyedari keunikan Bahasa Melayu. Sekaligus menganggap ia worth mentioning in his book.

Beberapa hari sebelum itu pula, ada artikel di dalam The Sun. Temubual bersama Lee Swee Tin. Beliau boleh dikatakan salah seorang di antara sebilangan bukan-Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu. Malu pada diri sendiri sebab aku yang Melayu pun kadang-kadang tidak sepatriotik itu terhadap bahasa ibunda sendiri.

Beliau berharap suatu hari nanti orang Malaysia akan menang Nobel Prize for Literature. Untuk itu berlaku, karya penulis tempatan dalam Bahasa Melayu harus diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Dengan itu, barulah high scholar dapat membaca dan menghargai sastera Melayu. Mungkin aku boleh menyumbang sesuatu. Langkah pertama, cari buku Salina dan baca!

ujikaji

Hari ini aku ingin buat eksperimen. Benarkah blog ini akan mendapat lebih banyak hit kalau aku letakkan perkataan-perkataan seperti berikut:

- bikini - Melayu - seks - seksi - onani- artis - tangkap basah - khalwat - rogol - janda berhias - bomoh nombor ekor - perempuan buah dada besar - gambar bogel - video lucah - ubat kuat tenaga batin - arak - jualan murah - skim cepat kaya - lorong haji taib - chow kit - jalan tunku abdul rahman - pondan - mak nyah - budak bawah umur -

Aku melihat eksperimen ini dari perspektif linguistik. Bahasa jiwa bangsa bukan? Eksperimen berlangsung hingga 31 Januari. Keputusan akan diumumkan pada 1 Februari. Kalau mendapat sambutan, mungkin akan dipanjangkan tempoh ujikaji ini. Kita tunggu dan lihat!

Kepada mereka yang sampai di blog ini hasil carian perkataan-perkataan di atas, sila tinggalkan komen. Terima kasih. ;-)

hikmah - macam tajuk drama lak

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu kesimpulan yang aku buat pada hari Selasa yang lalu. Itu bukan pertama kali. Boleh dikatakan sudah menjadi mantra aku sejak sekian lama. Ceritanya, selepas membaca ulasan berry smoothies dalam majalah KLUE, aku bersemangat hendak minum berry smoothie. Smoothies yang sedap berdasarkan trial run mereka adalah di New Zealand Natural, Gloria Jean's Coffees dan DQ Julius Orange. Jadi, sebelum pulang ke rumah hari itu, aku singgah di Mid Valley. Selepas menyemak direktori pusat membeli-belah tersebut, baru aku sedar tiada kiosk New Zealand Natural di situ. Agak kecewa la. sebab aku dah bersemangat hendak cuba minuman mereka. Rasanya ada satu di The Gardens. Tapi, waktu itu aku sudah kesuntukan masa. Aku ada komuter yang perlu dikejar.

Pilihan kedua, Gloria Jean's Coffees. Aku bergegas ke booth mereka yang terletak di LG. Sampai di sana, seorang barista yang pleasant menyambut kedatangan aku. Ini cuma kali kedua aku ke sana. Kali pertama aku beli Chilled Creme Brulee. Sedap juga kerana aku suka minuman yang manis. Kali ini orang lain di kaunter. Di depan cashier, terdapat poster. Poster itu tertulis Buy 1 Free 1. Radar promosi aku menjadi peka dengan serta-merta. Aku order Mixed Berry Smoothie. Dan untuk minuman percuma, barista itu memberitahu aku boleh order apa-apa sahaja minuman lain. Dia akan kenakan bayaran pada minuman yang harganya lebih mahal. Logik lah. Strategi promosi. Borders pun buat macam tu. 3 for 2. Sebab kan time tu hujan, aku order Mocha Caramelatte. Barista tu memberitahu yang minuman itu tidak sweet sangat. Aku pun order sebab kononnya hendak balance la. Sebab Mixed Berry Smoothie tu mesti dah kinda sweet kan. Dalam kes aku, harga smoothie lagi mahal. RM12.50 untuk regular. Mocha itu harganya RM11.50 untuk regular. Plus tax jadi RM 13.13. Bagi aku, berbaloi sebab aku dapat rasa 2 flavour. Berbanding dengan San Francisco Coffee yang hanya bagi dua minuman yang serupa.

Kesimpulannya, aku suka dengan mixed berry smoothie dan juga mocha caramelatte mereka. Kalau ada promosi, aku beli lagi. Hikmahnya, aku dapat berjimat dan mencuba sesuatu yang baru. Ha ha ha. In the mean time, aku lepak di rumah minum kopi putih Ipoh..

Wednesday, January 23, 2008

faizal dr. tahir

Minggu lepas, aku makan tengahari dengan seorang rakan lama, Calista. Aku mengenali Calista kira-kira 5 tahun yang lalu. Kami tinggal di satu cube ketika di matrikulasi. Terdapat 4 bilik di satu cube yang berkongsi bilik mandi dan toilet. Aku satu tutorial dengan roommatenya, Awza . Waktu itu kami tidak serapat sekarang. Ini kerana aku masih tidak dapat berenggang dengan rakan sekolah yang juga menjadi rakan sebilik semasa setahun di matrikulasi tersebut. Apabila masuk Tahun Satu di universiti, kami sekali lagi berjiran. Biliknya berhadapan dengan bilik aku. Kami juga mengambil course yang sama. Dia sering menjadi rujukan rakan-rakan untuk memahami kuliah Kimia. Aku sering lepak di biliknya. Kadang-kadang hanya berbual. Kalau tak pun melihat permainan futsal dari tingkap biliknya. Bilik Calista adalah spot paling strategik di floor kami untuk usha senior main futsal di court badminton.

Sekarang, Calista menjadi Research Asisstant di fakulti lamanya. Sebelum bertemu dengannya, aku ke comp lab untuk check email. Dalam satu headline The Star, aku ternampak headline 'Malaysian singer apologizes'. Curiously, aku klik pada berita tersebut. Rupanya tentang Faizal Tahir. Aku tidak menonton konsert 8tv Ahad itu. Aku juga tidak baca berita beberapa hari sebelum ni. Jadi, memang aku tak tahu apa yang sudah kecoh dari hari Ahad lagi.

Aku mula memberi perhatian pada Faizal Tahir apabila mendapat tahu dari Natalie yang bapa Faizal Tahir adalah pensyarah Kimia di Fakulti Sains. Khabarnya, Dr. Tahir tidak segan silu mempromosikan anaknya itu kepada pelajar-pelajarnya semasa dia bertanding dalam One In A Million dulu. Semester ini, Brittany pula mengambil subjek Kimia Polimer dengan Dr. Tahir.

Calista tiba di restoran bersama dengan seorang rakan sekerjanya. Kemudian, seorang Lab Asisstant yang juga bekerja di bawah Dr. Tahir menyertai kami. Dia memberitahu Dr. Tahir nampak stress hari ini. Rupanya, kereta si Faizal kena pecah pada hari Rabu malam di Bangsar.

Aku tidak faham apa masalah orang-orang yang nak pecahkan kereta dia ni. Dia cuma buka baju. Aku tak nampak keseriusan perbuatan dia tu. Apa kesan buruk that could possibly happen dengan tindakan dia tu? Pengaruh buruk for children? Encourage people to act indecently? I don't think so. Aku rasa lagi ramai artis perempuan yang pakai indecently. Tak pula kena ban or anything. Bila artis lelaki yang tak pakai baju, he is subjected to these punishment. It's not like he's showing his private parts. Kata Calista, 'Aku suka je tengok dia buka baju. Ha ha ha'.

Semalam, aku dapat tahu bahawa Faizal juga tidak dibenarkan untuk menyertai Anugerah Juara Lagu. Lagunya akan dinyanyikan oleh orang lain. Poor Faizal. Aku memang tidak puas hati. Apparently, our definition of acceptable behaviour is so double standard..

Tuesday, January 22, 2008

lihat dari sudut berbeza

Aku perlu beri lebih perhatian terhadap perkara yang berlaku di sekeliling aku. Juga benda-benda yang ada di bilik, rumah, kelas dan sebagainya. Ceritanya begini. Minggu lepas, aku lepak membaca buku di Borders, The Gardens. Buku yang aku baca itu bertajuk Anthology of Quotations: The Essence of Zen. Aku terbaca quote ini

The real voyage of discovery consists not in seeking new landscapes but in having new eyes.

Marcel Proust

Aku ingatkan aku baru pertama kali jumpa Proust di dalam satu blog dua bulan yang lepas, tetapi rupanya Proust sudah wujud dalam hidup aku sejak Oktober 2002. Natalie telah menghadiahi aku suatu wooden plague untuk hari lahir aku yang ke 17. Pada plague itu tertulis quote dari Proust dan lukisan seorang gadis yang memakai topi sedang melihat padang hijau yang terbentang luas. Setelah 5 tahun plague itu menjadi hiasan almari, baru aku sedar betapa signifikannya kata-kata Proust itu dengan aku.

Betullah kata orang. Yang ada di depan mata kita tak nampak. Sebaliknya kita sering mencari sesuatu yang kita sendiri tidak pasti kewujudannya. Kadang-kala, sesuatu itu sudah pun kita miliki. Cuma kita yang sering take it for granted. Maybe one day, I won't be impressed anymore...

Monday, January 21, 2008

BLOG SEMANTIK

Aku agak excited semalam bila aku menyemak bilangan pelawat dan dari mana datangnya mereka serta apa yang membawa mereka ke blog ini. Antara yang paling popular ialah 'resipi cupcakes'. Ada juga yang berminat dengan cupcakes rupanya. Ingatkan aku seorang saja. Harapnya menjadilah resipi aku. Kalau ada yang mencubalah.

Selain itu ada juga carian 'semantik itu apa'. Hasil carian itu telah membawa pelawat dari Indonesia ke blog ini. Wah. Pelawat Indonesia yang juga belajar linguistik seperti aku. Nanti saya tuliskan serba sedikit tentang semantik ye. Harap saudara atau saudari dapat bersabar.

Ada juga carian 'laundry bar gigs'. Pastinya mereka yang berminat dengan live performance. KLPHQ, anyone?

Satu lagi ialah 'meja bulat kopitiam'. Nak buka kopitiam di mana tu? Boleh pergi cuba. Internet di rumah masih tiada. Jadi aku tidak dapat update blog sekerap yang aku mahu. Ada juga kebaikannya. Kalau tidak aku akan online 24 jam. OK lah. Perlu habiskan membaca buku This End of the Rainbow oleh Adibah Amin. Aku gunakan buku itu sebagai data untuk kertas ilmiah. Ciao!

Friday, January 18, 2008

puding karamel

Dah lama tak post resipi. Maka, hari ini puan-puan kita belajar cara-cara menyediakan puding karamel @ cream caramel. Hidangan ini adalah hidangan pencuci mulut @ dessert. Resipi ini berasal dari Mexico. Mereka panggil flan. Ada pelbagai cara untuk menyediakan resipi ini. Tapi aku rasa resipi Emak ini yang paling mudah sekali berbanding resipi yang aku lihat di televisyen dan dalam majalah. Ada yang guna susu segar tapi perlu dimasak dulu. Ada juga yang tambah fresh cream. Terpulang pada diri masing-masing nak ikut resipi mana. Yang penting rasanya sedap. OK puan-puan. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk puding:

3/4 tin susu pekat manis
3/4 tin air
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard
6 biji telur gred A (kalau gunakan gred B, guna 7 biji)

Bahan-bahan untuk gula hangus:
4 sudu besar gula

Cara-cara Penyediaan:

1. Sediakan air panas untuk mengukus.

2. Taburkan gula ke dalam loyang dengan rata agar menutupi permukaan dasar loyang.

3. Panaskan loyang hingga dasar loyang diselaputi gula hangus. Biarkan sejuk.

4. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam blender dan kisar hingga smooth.

5. Tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama kira 30 - 40 minit. Karamel masak apabila permukaan atasnya kelihatan seperti telur masak.

6. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba! Bertemu lagi di lain masa..

Wednesday, January 16, 2008

maaf, aku yang salah

Aku rasa bersalah dengan Natalie. Sepatutnya minggu lepas lagi aku sudah berikan buku itu padanya. Dia minta tolong aku pinjam buku untuk bapanya yang baru menyambung pengajian peringkat PHD. Kelas aku yang cuma 3 kali seminggu serta hujan waktu petang menyukarkan pemergian aku ke perpustakaan. Mungkin juga itu hanya alasan. Tidak. Aku memang telah merancang. Tetapi, rancangan boleh berubah atau tidak dapat dilaksanakan. Hari Isnin minggu lepas, aku telah merancang hari aku dengan detail. Kuliah dari jam 8 hingga 10. Kemudian kelas English Proficiency hingga jam 1. Appointment dengan Supervisor untuk kertas ilmiah dari jam 1.15 hingga 1.35. Kemudian ke kedai buku untuk membeli buku baru yang baru tiba. selepas itu, ke perpustakaan pinjam buku. Pukul 2 ke computer lab hingga petang jam 5. Internet di rumah masih tak boleh digunakan. Tunggu abah ambil jam 5.30 untuk pulang ke rumah. Itu perancangan awal.

Apa yang terjadi pada hari Isnin itu pula berbeza. Rancangan berjalan lancar hingga jam 11. Aku terima mesej teks dari Brittany. Dia bertanya jika aku ada kelas pada hari itu. Aku beritahunya kelas hingga jam 1. Dia memberitahu bahawa dia dan Will akan menonton American Gangster petang itu dan mengajak aku menyertai mereka. Aku memang mahu menonton filem itu. Aku beritahu dia aku ada appointment dengan pensyarah. Kalau jam 2 boleh ke? Brittany setuju untuk tunggu aku hingga jam 2 petang. Selepas perjumpaan dengan pesyarah aku bergegas ke kedai buku. Ketika sedang mencari buku, aku terima panggilan dari Natalie. Dia akan datang ke universiti untuk menyelesaikan beberapa perkara dan bertanya jika aku sudah dapatkan buku itu untuknya. Aku baru teringat tentang itu dan memberitahunya aku tidak sempat pada hari itu. Aku juga beritahunya yang aku, Brittany dan Will hendak menonton wayang. Aku capai buku dan terus bayar. Selepas membayar baru aku sedar aku telah membeli buku yang salah. Brittany sudah menghantar mesej yang dia sudah berada di tempat parking.

Dalam kekalutan itu aku mengutuk diri sendiri. Kalau aku terus ke library dan ambil buku itu, aku tidak perlu rasa bersalah seperti ini. Mungkin juga aku tidak akan salah membeli buku. Natalie juga mahu ikut sama. Aku boleh jumpa mereka di One Utama juga nanti. Tapi, takkan aku nak suruh Brittany dan Will pergi dulu sedangkan mereka sudah menunggu dari jam 1 lagi.

Aku keluar dari kedai buku dan terus mencari kereta Will..

Tuesday, January 15, 2008

KLPHQ

Sesuatu yang aku sedar tentang diri aku, apabila aku bersemangat mahu lakukan sesuatu, aku mesti akan kerap melakukannya dan dengan sepenuh hati. Begitu juga kalau aku minat seseorang ke, sesuatu tempat, barang atau apa saja. Aku mahu tahu segala-galanya tentang perkara yang aku minat itu.

Now, I'm crazy over KLPHQ. Kegilaan aku sekarang ialah terhadap KLPHQ. Itu bukan terjemahan terbaik aku, jadi jangan cakap apa-apa. KLPHQ ialah sebuah band tempatan. KLPHQ stands for Kuala Lumpur Post Harmonic Quintet. Ditubuhkan pada tahun 2004, muzik mereka is described as post-rock. Tapi, post-rock yang tiada nyanyian. Err aku baru sedar kewujudan muzik post-rock ni kira-kira 2 bulan lepas. Thanks to Matt. Nak tahu lebih lanjut tentang post-rock baca post oleh Melayu Minimalis ini. Muzik mereka ni experimental, metal dan ambient. Itu description mereka di Myspace.

Macam mana aku tahu kewujudan band ni? By accident hasil carian di Google. Kalau boleh aku nak cerita macam mana aku jumpa band ni. Tapi, aku tak boleh beritahu dengan detail apa yang aku cari bagi melindungi identiti pihak-pihak tertentu dan menghormati privasi aku dan orang lain.



Video ini adalah semasa mereka membuat persembahan di Baybeats'05 di Singapura. Seorang peminat mereka telah upload video itu di blognya. First time dengar, aku terus minat pada muzik mereka. Best juga dengar lagu macam ni. Padahal muzik tiada nyanyian ini sesuatu yang baru untuk aku. Aku bukan jenis yang pergi gig. Band indie tempatan memang aku tak berapa kenal. Band luar negara yang aku kenal cuma yang mainstream.

Dalam satu interview dengan The Star tahun lepas, frontman KLPHQ, Irman Hilmi, mahu pendengar muzik mereka to feel their music. Dia memberi contoh seperti mendengar MPO. Kalau pergi MPO kena dress up and all, jadi kalau dengar KLPHQ, kamu lihat mereka dan feel muzik itu. Sayangnya aku tidak pernah berpeluang lagi mendengar KLPHQ perform live. Aku cuma dengar lagu mereka di AMP dan Myspace. Kalau mereka ada album, dah lama aku beli. Aku ada terbaca yang mereka akan masuk recording bulan 8 yang lepas, tapi mungkin ada masalah. Kalau tidak silap, aku juga ada terbaca yang Irman Hilmi pernah mentioned yang muzik KLPHQ is better appreciated when you listen it live. Sebab tu setiap kali mereka perform ada kelainan pada lagu and persembahan mereka. Kalau dah record, tentu lah sama saja kan. I guess sebab tu kut it's called experimental? Sebab boleh selalu experiment new sound.

Mereka pernah membuat persembahan di Motion Picture Soundtrack 2 di Laundry Bar, bersama dengan Deepset,. Kali terakhir mereka perform kalau tak silap la, di Figure 8 di Annexe Central Market. Next gig, err aku akan update kemudian.
Aku yang tak pernah tengok mereka perform live pun dah terminat, apa lagi mereka yang selalu pergi gig. Sampaikan ada seorang blogger dari Singapura tulis dalam blog dia, she had audiogasm bila tengok KLPHQ performed. Wow, I guess she really felt the music. She mentioned yang bassist KLPHQ has sexy arms and body movement. Aku tak tau lah KLPHQ tau ke tak pasal ni. Haha. Sampai macam tu sekali. Gila ah.

So, for gig listing, pergi Kaki Seni or KLUE. Nak dengar muzik mereka, pergi AMP or Myspace. oh ye, juga lawati laman web rasmi KLPHQ. Akhir kata, sokong lah band tempatan!

Tuesday, January 08, 2008

selamatkan alam sekitar

Setelah tiga hari berturut-turut aku jumpa perkataan carbon footprint, aku ambil keputusan untuk menjadikan ia topik for my public speaking.

Pertama kali aku jumpa perkataan itu, aku ditanya dalam satu online survey, Have you heard of carbon footprint? Reaksi aku, carbon foot what? Aku memang sokong Greenpeace tapi aku mengaku aku tak tahu carbon footprint tu apa. Pada waktu itu la.

Kali kedua, aku terbaca dalam The Star. Perkataan itu antara finalis dalam Word of The Year. Tapi kemenangan berpihak pada perkataan subprime.

Kali ketiga dalam Readers Digest. Ia tertulis dalam artikel tentang preserving nature.

It must be a sign...

Sunday, January 06, 2008

sajak budak sekolah

Sajak ini aku tulis semasa di Tingkatan Lima. Bukan sebab suka-suka, tapi sebab kena paksa dengan guru tingkatan yang mahu aku sumbang sesuatu untuk majalah sekolah. Hasilnya, satu-satunya sajak yang pernah aku tulis seumur hidup aku. Aku juga gatal tangan dan hantar pada Xfresh.com. Mereka featured sajak ini tapi setakat tu je lah.

Renungan Buat Teman


Tatkala senja itu berlabuh,
Semalam masih menjadi igauan,
Umpama mimpi yang panjang,
Tak daya kuhentikan.

Lantas,
Kusingkap tabir malam,
Menjadi hakim untuk mengadili diri,
Mencari dimana kekuatan dan kelemahan,
Menguji ketabahan dan kasih sayang.

Namun,
Tiada kayu pengukur kesabaran,
Tiada neraca menimbang keikhlasan,
Hanya aku yang pasti,
Bagaimana setianya malam pada siang,
Begitulah setianya diriku padamu.

Saturday, January 05, 2008

komuter, LRT dan bas

Aku jawab online survey tentang pengangkutan awam semalam. Antara soalan yang ditanya, What do you expect of the public transport in Malaysia in 2020? Bagaimana keadaan pengangkutan awam di Malaysia pada tahun 2020? Aku seorang yang optimis. Aku jawab, It has improved tremendously. We are talking about 12 years from now. Aku memang harap ia akan bertambah baik 12 tahun akan datang. Kalau tak, mungkin aku akan betul-betul migrate ke Rusia. Hahaha.

Personally, aku tidak kisah menggunakan pengangkutan awam. Ok lah, kadang-kadang memang annoying. Terutama apabila aku berada di dalam satu gerabak dengan orang-orang seperti berikut:
a) suka sandar pada tiang. Macam dia seorang yang kena berdiri. Orang lain tak dapat nak berpaut. Silap haribulan boleh jatuh tersungkur atau terlanggar orang lain.
b) letak barang atau beg pada seat di sebelah. padahal ada orang yang sedang berdiri.
c) orang yang meluru masuk dan tidak tunggu orang keluar dahulu selepas pintu train dibuka
d) orang yang tidak masuk ke bahagian tengah train menyebabkan depan pintu train sesak dan orang susah nak keluar atau masuk train tu.

Well, at least aku tidak perlu guna hari-hari. Seingat aku, aku mula menggunakan pengangkutan awam secara kerap bermula awal tahun 2006. Pada masa yang sama juga, aku mula menggunakan pengangkutan awam seorang diri. Sebelum ini, biasanya aku akan ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang rakan. Kenapa?

Pertama, awal tahun itu aku kembali tinggal di rumah keluarga selepas kira-kira 2 tahun setengah tinggal di kolej. Dari rumah ke kampus cuma ambil masa lebih kurang 20 minit tanpa jam. Kalau campur jam lebih kurang 45 minit. Biasanya, abah akan menghantar aku ke kampus sebelum ke pejabatnya di PJ. Petang pula, selepas waktu pejabat abah akan mengambil aku dari kampus. Jadi, keputusan untuk tinggal di rumah tidaklah mendatangkan masalah kepada aku.

Masalah hanya timbul apabila abah ke luar daerah atau negeri atas urusan kerja. Dalam sebulan, mungkin dalam seminggu aku perlu ke kelas sendiri. Dari rumah, aku perlu ambil komuter hingga KL Sentral. Kemudian, ambil LRT dan selepas itu ambil bas pula. Memang adventure la setiap kali aku ke kelas sendiri. Bayangkan aku perlu guna 3 pengangkutan awam untuk sampai ke kelas. Sudahnya, perjalanan 20 minit menaiki kereta menjadi 1 jam dengan pengangkutan awam. Itu belum campur kalau komuter delay atau pemandu bas yang tunggu bas penuh baru hendak jalan.

Yang paling benci kalau aku ada lecture jam 8 dan aku perlu naik train. 6.30 aku sudah ada di stesen komuter. Orang lain baru bangun tidur. Waktu lain aku perlu naik train, bila kelas mula jam 2 petang. Aku tidak kisah naik komuter pada waktu ini kerana tiada orang sangat. Waktu petang kadang-kadang aku naik train kerana kelas habis awal. Biasanya abah akan ambil pukul 6 tapi kalau kelas aku habis pukul 4, aku akan balik sendiri. Dan seboleh-bolehnya aku akan avoid office rush.

Kedua, aku kerap guna train pada tahun itu kerana aku mula bekerja sambilan di KLCC. Ini bermakna aku naik train sekurang-kurang 3 kali seminggu untuk ke tempat kerja. Dan seingat aku, sepanjang 9 bulan aku kerja di situ, at least sebulan sekali LRT delay. Power break down la, banjir la, dan ntah apa-apa lagi. Komuter juga sama. Especially kalau aku masuk afternoon shift. Ada je problem time balik. Selalunya LRT delay waktu balik afternoon shift. Komuter pula selalunya delay bila aku balik dari morning shift. Macam jinx pulak.

Sesuatu yang aku suka lakukan bila guna pengangkutan awam adalah tengok pemandangan sepanjang perjalanan dan tengok gelagat orang yang turun naik train. Sepanjang track aku tengok rumah orang, kenderaan, kilang, kereta dan sebagainya. I enjoy the journey actually. Selalunya, ia akan jadi masa untuk aku berfikir tentang macam-macam benda. Like a moment of reflection. Aku tak tahu kenapa, tetapi memang setiap kali aku naik train aku mesti akan berfikir tentang sesuatu.

Aku masih optimistik. Aku percaya Malaysia masih tidak terlewat untuk memperbaiki sistem pengangkutan awamnya. Better late than never. Lebih ramai orang akan guna pengangkutan awam kalau ia lebih efficient maksudnya on time dan lebih kerap. Jadi akan kurang kereta di jalan raya, kurang kesesakan, kurang tekanan bagi pemandu, kurang pencemaran udara dan bunyi, serta menjimatkan wang. Sebab tidak perlu bayar tol dan petrol yang sentiasa naik. Rakyat Malaysia juga harapnya akan lebih sihat sebab perlu berjalan kaki ke stesen LRT, Komuter dan perhentian bas. Hmm dan jangan lupa pakai sunscreen SPF 30 and above..

Friday, January 04, 2008

cerita kedai buku

Tiada kelas hari ni tapi aku terpaksa ke library. cari rujukan dan guna internet. terpaksa save banyak benda dan baca buku. Facebook dan blog terpaksa dilupakan buat sementara waktu. reserach paper lagi penting. yeah right. balik rumah nanti, tak buka pc, aku tengok tv. sama saja. beberapa hari yang lepas aku menonton The Passion of Ayn Rand. kali pertama aku terlepas sebab sedang tengok rancangan lain. kali ini, aku tonton juga walaupun habis pukul 1 pagi dan aku perlu bangun awal keesokkan harinya.

Ayn Rand ialah seorang penulis dan ahli falsafah. Beliau mengembangkan sistem falsafah Objectivism. Aku tidak pernah membaca buku beliau. Tapi, aku ada cerita bagaimana aku mengenali penulis ini.

Kira-kira setahun yang lepas, aku bekerja di sebuah kedai buku terkemuka di KLCC. Pelanggan-pelanggan di sini terdiri dari pelbagai golongan. Golongan professional, celebrity, royalty dan student yang mempunyai minat yang sama iaitu membaca buku. Bezanya, ada yang datang untuk membeli buku dan ada yang cuma datang untuk membaca secara percuma.

suatu hari ketika aku sedang display buku, aku ternampak seorang kerabat diraja. display adalah term yang digunakan dalam kedai buku ini. ia bermaksud ambil buku dari troli dan letakkan di rak yang betul mengikut shelf-code yang terletak pada price tag buku tersebut.

ini pertama kali aku nampak beliau di sini. aku pernah bertemu dengan beliau beberapa kali during his official visit.Tapi menurut rakan sekerja, beliau kerap ke sini. mungkin aku tidak bekerja pada hari beliau datang. aku terus mengemas shelf dan masuk ke kaunter sebentar untuk unwrap buku seorang customer. beliau datang ke kaunter. kebetulan cuma aku seorang di situ. senior staff di shelf dan mungkin di logistics.

- Excuse me, I'm looking for a book.
- Yes, sure. Can you write down the title for me, Sir?

Beliau ambil pen dan tulis Atlas Shrugged. Aku sambut dengan hormat dan terus menaip di komputer untuk menyemak buku tersebut. Yes. Atlas Shrugged adalah salah satu novel yang terkenal hasil tulisan Ayn Rand.

Buku tersebut tiada dalam stok tetapi telah di order dan akan sampai dalam masa beberapa hari. aku beritahu beliau maklumat tersebut. Beliau kelihatan agak disappointed. aku beritahu beliau aku akan reserve 1 copy for him dan minta beliau tinggalkan contact no agar aku dapat hubungi nya bila buku tersebut tiba.

Teka nombor dan nama siapa yang beliau tuliskan untuk aku?

Zara.

So, anda tahu siapa kerabat diraja itu? Kalau tak tahu, adoi kesian betul. Beliau ialah Yang Amat Mulia, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Tak silap aku, beberapa bulan kemudian, diumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim. Aku pun telah berhenti sebulan selepas tu. Aku memang tak sangka itu adalah bakal isterinya. Aku assume pada masa itu, wanita ini mungkin setiausaha atau personal asisstant beliau. Tak terfikir langsung. Tapi kalau aku tahu pun, bukan boleh buat apa-apa. At least boleh brag dengan kawan-kawan.
Aku tahu nama bakal isteri or teman wanita YAM Raja Nazrin pada masa itu. Hehe..

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku itu di mana-mana cawangan Borders, MPH, Kinokuniya atau Times Bookstore. Selamat Membaca!

Thursday, January 03, 2008

oh lelaki!

-Nia, are you single?
-Err, yes.
-You know what, I can't believe that you are single.
-Yeah, I can't believe that either.
-You must be picky.
-(I raised my eyebrow and smile)

or

-Nia, do you have boyfriend?
-No.
-Really? I'm surprised you don't have a boyfriend.
-Yeah, I'm surprised too.


Ini kali ketiga, mungkin lebih dari 3 kali aku dengar dialog ni. Pertama kali, aku anggap as a compliment. Kali kedua, tidak apa-apa lagi. Kali ketiga, aku tanya diri sendiri, err Am i missing something here?

Aku akui aku memang memilih bila berkaitan dengan teman lelaki. Of course la kena pilih. Takkan aku nak keluar dengan sesiapa saja yang ajak aku keluar. Ada yang kata, I set my standard too high. How can it be too high? It IS my standard. It's something that I felt that is good enough for me. I'm not going to waste my time if I think he's not worth it.

Mungkin jugak sebab aku berpegang prinsip love yourself first, then only you can love others. Sebab aku sayangkan diri aku lah dan aku anggap aku deserved the best, and i want only the best. Unfortunately, they are rare. Extremely rare species. You have to have very sharp eyes and senses to notice them. I've met a few but they are taken. Have all the good ones taken? Now, I have doubt. Do they really exist? You know, the wealthy-handsome-kind male? Hehe

But, hey fairy tales do come true, don't they?

kaya kopitiam

Sepatutnya post semalam. Tapi internet di rumah ada masalah. So, aku saved draft dan masuk dalam notepad. Bangun awal tadi. Mujur juga sebab kena ambil komuter ke kelas. My dad is still in oversea. My bro kelas pukul 8 so kena pergi kelas sendiri hari ni. Dah lama tak pergi kelas pagi-pagi, bersesak-sesak dengan office worker yg masuk pukul 8. Sampai di komuter station pukul 7.20. train tiba pukul 7.35. Tiada tempat duduk seperti biasa. Berdiri selama 20 min perjalanan ke KL Sentral.

Kelas aku bermula jam 10, tapi pukul 8 aku sudah berada di kl sentral. Perut dah lapar. Biasanya memang tak sempat bersarapan kalau aku cuma ada setengah jam sebelum ke kelas. Ada 2 kedai yg baru dibuka di kl sentral. Dunkin Donuts, dan Kaya Kopitiam. Mulanya aku ingin mencuba set sarapan baru KFC. Ada egg wrap dan coffee. Tapi, set sarapan pagi kaya kopitiam looks tempting. Besides, KFC ada di mana2. So, aku decided untuk cuba kaya kopitiam.

Kaya kopitiam terletak di tingkat 2. Berselahan dengan kaunter Genting. Waktu aku sampai ada sekumpulan pekerja baru selesai bersarapan dan sepasang pelancong warga asing. Tak pasti mereka dari mana kerana aku tidak mendengar perbualan mereka. Mulanya aku agak teragak-agak. Perlu order di kaunter atau terus duduk di meja. Seorang pelayan menghampiri aku dan tersenyum. Dia meberitahu aku agar duduk dan menghulurkan menu kepada aku.

Hiasan kafe itu ringkas dan menarik. Meja marble bulat dan kerusi bulat. Tampak seperi ala ala Kluang Station dengan gambar di dinding. Gaya kopitiam la. Terdapat kuih-muih tradisional dan nasi lemak daun pisang di atas meja. Dalam menu, terdapat beberapa set sarapan. Western style dan nasi lemak. Aku pilih set yang terdiri daripada homemade toast with cheddar cheese, chicken ham, and scrambled egg with coffee. Aku tunggu sambil baca The Sun tentang perletakan jawatan Chua Soi Lek.

Kopi nya sampai dulu. Aku kacau dan hirup. Sedap. Aku suka rasanya. Manis tetapi masih ada pekat kopi. Kemudian sarapan aku siap. Scrambled egg tawar. Salt and pepper pun tiada di atas meja. Aku struggled hendak menghabiskannya. Sayang pulak. Membazir. Ham nya biasa saja. Cheddar toast nya 'ok lah'. Mungkin jugak sebab aku tidak berapa suka cheddar . Aku prefer parmesan dan mozarella. Kesimpulannya, aku tidak akan order set western lagi. Mungkin nasi lemak lain kali. Yang pasti aku suka kopinya. Lupa nak tanya dia guna cap apa. Harga set sarapan rm8.50. Tapi mereka caj 5% gov tax dan 10% service tax. Total rm9.78. Memang mahal la. Sarapan Burger King lagi sedap..

Wednesday, January 02, 2008

aku free! yeah!

Perancangan awal ingin menonton Atonement bersama kawan baik aku terpaksa dibatalkan.

SM: Do you know that we can take Professional Ethics?
Nia: Really? What time is the class? I registered but I forget when is the class.
SM: 2 to 5 today.
Nia: Shit.

Perubahan jadual waktu secara tiba-tiba menyebabkan aku berada di kampus hingga jam 3.30 petang. 8 orang yang datang. Yang mendaftar 12. Mereka lupa agaknya. Mulanya kami pelajar tahun tiga tidak dibenarkan mengambil subjek itu. Tapi aku sengaja mendaftar juga subjek tersebut. Just in case. Memang rezeki agaknya. Akibat perubahan itu juga membuatkan aku kini hanya ada kelas 3 hari seminggu. Free on Tuesday and Friday. Pastinya selasa akan jadi hari tengok wayang, shopping atau hari tengok lukisan.

Research paper aku juga mengalami perubahan topik. Akibat typing error, yang aku kira agak bodoh, morfologi sebenarnya ditawarkan untuk sesiapa yang berminat untuk membuat research paper mengenainya. Apa lagi, aku ketuk pintu pensyarah tersebut dan memberitahu dia akan research yang aku berminat untuk lakukan under her supervision. Dia suruh aku balik dan baca tentang area morphology yang aku minat. Yes! Another thing accomplished.

Aku singgah di kedai buku untuk cari buku-buku dalam senarai yang perlu dibeli. Ada yang sudah out of stock. Aik? Ramai ke yang baca buku tuh. Kelas aku ada 20 orang je. 4.45 ambil komuter dan terus balik rumah. Sampai di hentian, aku terima mesej teks dari Brittany.


Nia. Td ak tgk atonement sorang2. best gler cite die.. haha. ko g la tgk. next week tgk cite rendition plak.. haha

Yeah. Nampaknya aku juga akan tengok Atonement sorang2 minggu depan. Ada sesiapa mahu belanja? Hehe

Tuesday, January 01, 2008

bukan aku

Aku ingin menulis sesuatu. Tapi aku malas nak menaip panjang2. Maka, aku post lagu kegemaran aku hari ini. Penyanyi berusia 24 tahun ini berasal dari Australia. Delta Goodrem. Beliau tidak popular sangat di kalangan mainstream artis ni. Aku kenal dia melalui album MTV Superstars beberapa tahun lalu. Lagu ini dari album sulungnya, Innocent Eyes. Beliau juga adalah seorang cancer survivor. She was diagnosed with Hodgkin's Lymphoma when she was 18. Kini, beliau telah pulih sepenuhnya dan mengisi masa membuat kerja amal.





You mixed me up for someone
Who'd fall apart without you
Yeah you broke my heart for the first time
But I'll get over that too
It's hard to find the reasons
Who can see the rhyme?
I guess that we where seasons out of time
I guess you didn't know me

If you think love is blind
That I wouldn't see the flaws between the lines
Surprised that I caught you out
On every single time that you lied
Did you think that every time I see you I would cry
No not me, not I, not I, no not me, not I

The story goes on without you
And there's got to be another ending
But yeah you broke my heart it won't be the last time
But I'll get over them too
As a new door opens we close the ones behind
And if you search your soul I know you'll find
You never really knew me

If you think love is blind
That I wouldn't see the flaws between the lines
Surprised that I caught you out
On every single time that you lied
Did you think that every time I see you I would cry
No not me, not I, not I, not I, not I

All you said to me
All you promised me
All the mystery never did believe
No I never cry no I never not me not I

If you think love is blind
That I wouldn't see the floors between the lines
Surprised that I caught you out
On every single time that you lied
Did you think that every time I see you I would cry No not I, I won't cry
No not me, not I, not I

kek cawan coklat butang

Baru teringat aku kata nak post resipi cupcakes. Cupcakes dah tinggal 3 biji dalam Tupperware. Sedap sangat agaknya. Adik2 aku makan tak ingat. Haha. Ok. Ini dia resipi kek cawan coklat butang.

Bahan-bahan:

125 gram butter dibiarkan pada suhu bilik
1/2 cup gula merah
1 biji telur
zes oren dicincang halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan all purpose flour
1 1/2 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
1/2 cup whole milk
1 cup chocolates button
paper lines


Cara-cara Penyediaan:

Panaskan oven pada suhu 350 F atau 180 Celcius

1. Pukul gula dan butter dalam mixing bowl hingga adunan menjadi ringan dan fluffy. Kemudian, masukkan telur, zes oren dan vanilla.

2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dan campurkan ke dalam adunan tadi perlahan-lahan. selang-seli dengan susu. Tapi mulakan dengan tepung dan akhiri juga dengan tepung.

3. Masukkan coklat butang dan masukkan ke dalam mangkuk kertas ( paper liners).

4. Bakar di dalam oven hingga berwarna perang kira-kira 20 -25 min.

5. Keluarkan kek cawan di atas rak agar ia sejuk. Sesuai untuk hidangan minum petang.

Bertemu lagi di lain rancangan. Selamat mencuba!