Thursday, January 03, 2008

kaya kopitiam

Sepatutnya post semalam. Tapi internet di rumah ada masalah. So, aku saved draft dan masuk dalam notepad. Bangun awal tadi. Mujur juga sebab kena ambil komuter ke kelas. My dad is still in oversea. My bro kelas pukul 8 so kena pergi kelas sendiri hari ni. Dah lama tak pergi kelas pagi-pagi, bersesak-sesak dengan office worker yg masuk pukul 8. Sampai di komuter station pukul 7.20. train tiba pukul 7.35. Tiada tempat duduk seperti biasa. Berdiri selama 20 min perjalanan ke KL Sentral.

Kelas aku bermula jam 10, tapi pukul 8 aku sudah berada di kl sentral. Perut dah lapar. Biasanya memang tak sempat bersarapan kalau aku cuma ada setengah jam sebelum ke kelas. Ada 2 kedai yg baru dibuka di kl sentral. Dunkin Donuts, dan Kaya Kopitiam. Mulanya aku ingin mencuba set sarapan baru KFC. Ada egg wrap dan coffee. Tapi, set sarapan pagi kaya kopitiam looks tempting. Besides, KFC ada di mana2. So, aku decided untuk cuba kaya kopitiam.

Kaya kopitiam terletak di tingkat 2. Berselahan dengan kaunter Genting. Waktu aku sampai ada sekumpulan pekerja baru selesai bersarapan dan sepasang pelancong warga asing. Tak pasti mereka dari mana kerana aku tidak mendengar perbualan mereka. Mulanya aku agak teragak-agak. Perlu order di kaunter atau terus duduk di meja. Seorang pelayan menghampiri aku dan tersenyum. Dia meberitahu aku agar duduk dan menghulurkan menu kepada aku.

Hiasan kafe itu ringkas dan menarik. Meja marble bulat dan kerusi bulat. Tampak seperi ala ala Kluang Station dengan gambar di dinding. Gaya kopitiam la. Terdapat kuih-muih tradisional dan nasi lemak daun pisang di atas meja. Dalam menu, terdapat beberapa set sarapan. Western style dan nasi lemak. Aku pilih set yang terdiri daripada homemade toast with cheddar cheese, chicken ham, and scrambled egg with coffee. Aku tunggu sambil baca The Sun tentang perletakan jawatan Chua Soi Lek.

Kopi nya sampai dulu. Aku kacau dan hirup. Sedap. Aku suka rasanya. Manis tetapi masih ada pekat kopi. Kemudian sarapan aku siap. Scrambled egg tawar. Salt and pepper pun tiada di atas meja. Aku struggled hendak menghabiskannya. Sayang pulak. Membazir. Ham nya biasa saja. Cheddar toast nya 'ok lah'. Mungkin jugak sebab aku tidak berapa suka cheddar . Aku prefer parmesan dan mozarella. Kesimpulannya, aku tidak akan order set western lagi. Mungkin nasi lemak lain kali. Yang pasti aku suka kopinya. Lupa nak tanya dia guna cap apa. Harga set sarapan rm8.50. Tapi mereka caj 5% gov tax dan 10% service tax. Total rm9.78. Memang mahal la. Sarapan Burger King lagi sedap..

No comments: