Thursday, January 24, 2008

hikmah - macam tajuk drama lak

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu kesimpulan yang aku buat pada hari Selasa yang lalu. Itu bukan pertama kali. Boleh dikatakan sudah menjadi mantra aku sejak sekian lama. Ceritanya, selepas membaca ulasan berry smoothies dalam majalah KLUE, aku bersemangat hendak minum berry smoothie. Smoothies yang sedap berdasarkan trial run mereka adalah di New Zealand Natural, Gloria Jean's Coffees dan DQ Julius Orange. Jadi, sebelum pulang ke rumah hari itu, aku singgah di Mid Valley. Selepas menyemak direktori pusat membeli-belah tersebut, baru aku sedar tiada kiosk New Zealand Natural di situ. Agak kecewa la. sebab aku dah bersemangat hendak cuba minuman mereka. Rasanya ada satu di The Gardens. Tapi, waktu itu aku sudah kesuntukan masa. Aku ada komuter yang perlu dikejar.

Pilihan kedua, Gloria Jean's Coffees. Aku bergegas ke booth mereka yang terletak di LG. Sampai di sana, seorang barista yang pleasant menyambut kedatangan aku. Ini cuma kali kedua aku ke sana. Kali pertama aku beli Chilled Creme Brulee. Sedap juga kerana aku suka minuman yang manis. Kali ini orang lain di kaunter. Di depan cashier, terdapat poster. Poster itu tertulis Buy 1 Free 1. Radar promosi aku menjadi peka dengan serta-merta. Aku order Mixed Berry Smoothie. Dan untuk minuman percuma, barista itu memberitahu aku boleh order apa-apa sahaja minuman lain. Dia akan kenakan bayaran pada minuman yang harganya lebih mahal. Logik lah. Strategi promosi. Borders pun buat macam tu. 3 for 2. Sebab kan time tu hujan, aku order Mocha Caramelatte. Barista tu memberitahu yang minuman itu tidak sweet sangat. Aku pun order sebab kononnya hendak balance la. Sebab Mixed Berry Smoothie tu mesti dah kinda sweet kan. Dalam kes aku, harga smoothie lagi mahal. RM12.50 untuk regular. Mocha itu harganya RM11.50 untuk regular. Plus tax jadi RM 13.13. Bagi aku, berbaloi sebab aku dapat rasa 2 flavour. Berbanding dengan San Francisco Coffee yang hanya bagi dua minuman yang serupa.

Kesimpulannya, aku suka dengan mixed berry smoothie dan juga mocha caramelatte mereka. Kalau ada promosi, aku beli lagi. Hikmahnya, aku dapat berjimat dan mencuba sesuatu yang baru. Ha ha ha. In the mean time, aku lepak di rumah minum kopi putih Ipoh..

No comments: