Minggu lepas, aku makan tengahari dengan seorang rakan lama, Calista. Aku mengenali Calista kira-kira 5 tahun yang lalu. Kami tinggal di satu cube ketika di matrikulasi. Terdapat 4 bilik di satu cube yang berkongsi bilik mandi dan toilet. Aku satu tutorial dengan roommatenya, Awza . Waktu itu kami tidak serapat sekarang. Ini kerana aku masih tidak dapat berenggang dengan rakan sekolah yang juga menjadi rakan sebilik semasa setahun di matrikulasi tersebut. Apabila masuk Tahun Satu di universiti, kami sekali lagi berjiran. Biliknya berhadapan dengan bilik aku. Kami juga mengambil course yang sama. Dia sering menjadi rujukan rakan-rakan untuk memahami kuliah Kimia. Aku sering lepak di biliknya. Kadang-kadang hanya berbual. Kalau tak pun melihat permainan futsal dari tingkap biliknya. Bilik Calista adalah spot paling strategik di floor kami untuk usha senior main futsal di court badminton.
Sekarang, Calista menjadi Research Asisstant di fakulti lamanya. Sebelum bertemu dengannya, aku ke comp lab untuk check email. Dalam satu headline The Star, aku ternampak headline 'Malaysian singer apologizes'. Curiously, aku klik pada berita tersebut. Rupanya tentang Faizal Tahir. Aku tidak menonton konsert 8tv Ahad itu. Aku juga tidak baca berita beberapa hari sebelum ni. Jadi, memang aku tak tahu apa yang sudah kecoh dari hari Ahad lagi.
Aku mula memberi perhatian pada Faizal Tahir apabila mendapat tahu dari Natalie yang bapa Faizal Tahir adalah pensyarah Kimia di Fakulti Sains. Khabarnya, Dr. Tahir tidak segan silu mempromosikan anaknya itu kepada pelajar-pelajarnya semasa dia bertanding dalam One In A Million dulu. Semester ini, Brittany pula mengambil subjek Kimia Polimer dengan Dr. Tahir.
Calista tiba di restoran bersama dengan seorang rakan sekerjanya. Kemudian, seorang Lab Asisstant yang juga bekerja di bawah Dr. Tahir menyertai kami. Dia memberitahu Dr. Tahir nampak stress hari ini. Rupanya, kereta si Faizal kena pecah pada hari Rabu malam di Bangsar.
Aku tidak faham apa masalah orang-orang yang nak pecahkan kereta dia ni. Dia cuma buka baju. Aku tak nampak keseriusan perbuatan dia tu. Apa kesan buruk that could possibly happen dengan tindakan dia tu? Pengaruh buruk for children? Encourage people to act indecently? I don't think so. Aku rasa lagi ramai artis perempuan yang pakai indecently. Tak pula kena ban or anything. Bila artis lelaki yang tak pakai baju, he is subjected to these punishment. It's not like he's showing his private parts. Kata Calista, 'Aku suka je tengok dia buka baju. Ha ha ha'.
Semalam, aku dapat tahu bahawa Faizal juga tidak dibenarkan untuk menyertai Anugerah Juara Lagu. Lagunya akan dinyanyikan oleh orang lain. Poor Faizal. Aku memang tidak puas hati. Apparently, our definition of acceptable behaviour is so double standard..
No comments:
Post a Comment