Aku jawab online survey tentang pengangkutan awam semalam. Antara soalan yang ditanya, What do you expect of the public transport in Malaysia in 2020? Bagaimana keadaan pengangkutan awam di Malaysia pada tahun 2020? Aku seorang yang optimis. Aku jawab, It has improved tremendously. We are talking about 12 years from now. Aku memang harap ia akan bertambah baik 12 tahun akan datang. Kalau tak, mungkin aku akan betul-betul migrate ke Rusia. Hahaha.
Personally, aku tidak kisah menggunakan pengangkutan awam. Ok lah, kadang-kadang memang annoying. Terutama apabila aku berada di dalam satu gerabak dengan orang-orang seperti berikut:
a) suka sandar pada tiang. Macam dia seorang yang kena berdiri. Orang lain tak dapat nak berpaut. Silap haribulan boleh jatuh tersungkur atau terlanggar orang lain.
b) letak barang atau beg pada seat di sebelah. padahal ada orang yang sedang berdiri.
c) orang yang meluru masuk dan tidak tunggu orang keluar dahulu selepas pintu train dibuka
d) orang yang tidak masuk ke bahagian tengah train menyebabkan depan pintu train sesak dan orang susah nak keluar atau masuk train tu.
Well, at least aku tidak perlu guna hari-hari. Seingat aku, aku mula menggunakan pengangkutan awam secara kerap bermula awal tahun 2006. Pada masa yang sama juga, aku mula menggunakan pengangkutan awam seorang diri. Sebelum ini, biasanya aku akan ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang rakan. Kenapa?
Pertama, awal tahun itu aku kembali tinggal di rumah keluarga selepas kira-kira 2 tahun setengah tinggal di kolej. Dari rumah ke kampus cuma ambil masa lebih kurang 20 minit tanpa jam. Kalau campur jam lebih kurang 45 minit. Biasanya, abah akan menghantar aku ke kampus sebelum ke pejabatnya di PJ. Petang pula, selepas waktu pejabat abah akan mengambil aku dari kampus. Jadi, keputusan untuk tinggal di rumah tidaklah mendatangkan masalah kepada aku.
Masalah hanya timbul apabila abah ke luar daerah atau negeri atas urusan kerja. Dalam sebulan, mungkin dalam seminggu aku perlu ke kelas sendiri. Dari rumah, aku perlu ambil komuter hingga KL Sentral. Kemudian, ambil LRT dan selepas itu ambil bas pula. Memang adventure la setiap kali aku ke kelas sendiri. Bayangkan aku perlu guna 3 pengangkutan awam untuk sampai ke kelas. Sudahnya, perjalanan 20 minit menaiki kereta menjadi 1 jam dengan pengangkutan awam. Itu belum campur kalau komuter delay atau pemandu bas yang tunggu bas penuh baru hendak jalan.
Yang paling benci kalau aku ada lecture jam 8 dan aku perlu naik train. 6.30 aku sudah ada di stesen komuter. Orang lain baru bangun tidur. Waktu lain aku perlu naik train, bila kelas mula jam 2 petang. Aku tidak kisah naik komuter pada waktu ini kerana tiada orang sangat. Waktu petang kadang-kadang aku naik train kerana kelas habis awal. Biasanya abah akan ambil pukul 6 tapi kalau kelas aku habis pukul 4, aku akan balik sendiri. Dan seboleh-bolehnya aku akan avoid office rush.
Kedua, aku kerap guna train pada tahun itu kerana aku mula bekerja sambilan di KLCC. Ini bermakna aku naik train sekurang-kurang 3 kali seminggu untuk ke tempat kerja. Dan seingat aku, sepanjang 9 bulan aku kerja di situ, at least sebulan sekali LRT delay. Power break down la, banjir la, dan ntah apa-apa lagi. Komuter juga sama. Especially kalau aku masuk afternoon shift. Ada je problem time balik. Selalunya LRT delay waktu balik afternoon shift. Komuter pula selalunya delay bila aku balik dari morning shift. Macam jinx pulak.
Sesuatu yang aku suka lakukan bila guna pengangkutan awam adalah tengok pemandangan sepanjang perjalanan dan tengok gelagat orang yang turun naik train. Sepanjang track aku tengok rumah orang, kenderaan, kilang, kereta dan sebagainya. I enjoy the journey actually. Selalunya, ia akan jadi masa untuk aku berfikir tentang macam-macam benda. Like a moment of reflection. Aku tak tahu kenapa, tetapi memang setiap kali aku naik train aku mesti akan berfikir tentang sesuatu.
Aku masih optimistik. Aku percaya Malaysia masih tidak terlewat untuk memperbaiki sistem pengangkutan awamnya. Better late than never. Lebih ramai orang akan guna pengangkutan awam kalau ia lebih efficient maksudnya on time dan lebih kerap. Jadi akan kurang kereta di jalan raya, kurang kesesakan, kurang tekanan bagi pemandu, kurang pencemaran udara dan bunyi, serta menjimatkan wang. Sebab tidak perlu bayar tol dan petrol yang sentiasa naik. Rakyat Malaysia juga harapnya akan lebih sihat sebab perlu berjalan kaki ke stesen LRT, Komuter dan perhentian bas. Hmm dan jangan lupa pakai sunscreen SPF 30 and above..
No comments:
Post a Comment