Dah lama tak post resipi. Maka, hari ini puan-puan kita belajar cara-cara menyediakan puding karamel @ cream caramel. Hidangan ini adalah hidangan pencuci mulut @ dessert. Resipi ini berasal dari Mexico. Mereka panggil flan. Ada pelbagai cara untuk menyediakan resipi ini. Tapi aku rasa resipi Emak ini yang paling mudah sekali berbanding resipi yang aku lihat di televisyen dan dalam majalah. Ada yang guna susu segar tapi perlu dimasak dulu. Ada juga yang tambah fresh cream. Terpulang pada diri masing-masing nak ikut resipi mana. Yang penting rasanya sedap. OK puan-puan. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk puding:
3/4 tin susu pekat manis
3/4 tin air
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard
6 biji telur gred A (kalau gunakan gred B, guna 7 biji)
Bahan-bahan untuk gula hangus:
4 sudu besar gula
Cara-cara Penyediaan:
1. Sediakan air panas untuk mengukus.
2. Taburkan gula ke dalam loyang dengan rata agar menutupi permukaan dasar loyang.
3. Panaskan loyang hingga dasar loyang diselaputi gula hangus. Biarkan sejuk.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam blender dan kisar hingga smooth.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama kira 30 - 40 minit. Karamel masak apabila permukaan atasnya kelihatan seperti telur masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba! Bertemu lagi di lain masa..
No comments:
Post a Comment