Wednesday, January 16, 2008

maaf, aku yang salah

Aku rasa bersalah dengan Natalie. Sepatutnya minggu lepas lagi aku sudah berikan buku itu padanya. Dia minta tolong aku pinjam buku untuk bapanya yang baru menyambung pengajian peringkat PHD. Kelas aku yang cuma 3 kali seminggu serta hujan waktu petang menyukarkan pemergian aku ke perpustakaan. Mungkin juga itu hanya alasan. Tidak. Aku memang telah merancang. Tetapi, rancangan boleh berubah atau tidak dapat dilaksanakan. Hari Isnin minggu lepas, aku telah merancang hari aku dengan detail. Kuliah dari jam 8 hingga 10. Kemudian kelas English Proficiency hingga jam 1. Appointment dengan Supervisor untuk kertas ilmiah dari jam 1.15 hingga 1.35. Kemudian ke kedai buku untuk membeli buku baru yang baru tiba. selepas itu, ke perpustakaan pinjam buku. Pukul 2 ke computer lab hingga petang jam 5. Internet di rumah masih tak boleh digunakan. Tunggu abah ambil jam 5.30 untuk pulang ke rumah. Itu perancangan awal.

Apa yang terjadi pada hari Isnin itu pula berbeza. Rancangan berjalan lancar hingga jam 11. Aku terima mesej teks dari Brittany. Dia bertanya jika aku ada kelas pada hari itu. Aku beritahunya kelas hingga jam 1. Dia memberitahu bahawa dia dan Will akan menonton American Gangster petang itu dan mengajak aku menyertai mereka. Aku memang mahu menonton filem itu. Aku beritahu dia aku ada appointment dengan pensyarah. Kalau jam 2 boleh ke? Brittany setuju untuk tunggu aku hingga jam 2 petang. Selepas perjumpaan dengan pesyarah aku bergegas ke kedai buku. Ketika sedang mencari buku, aku terima panggilan dari Natalie. Dia akan datang ke universiti untuk menyelesaikan beberapa perkara dan bertanya jika aku sudah dapatkan buku itu untuknya. Aku baru teringat tentang itu dan memberitahunya aku tidak sempat pada hari itu. Aku juga beritahunya yang aku, Brittany dan Will hendak menonton wayang. Aku capai buku dan terus bayar. Selepas membayar baru aku sedar aku telah membeli buku yang salah. Brittany sudah menghantar mesej yang dia sudah berada di tempat parking.

Dalam kekalutan itu aku mengutuk diri sendiri. Kalau aku terus ke library dan ambil buku itu, aku tidak perlu rasa bersalah seperti ini. Mungkin juga aku tidak akan salah membeli buku. Natalie juga mahu ikut sama. Aku boleh jumpa mereka di One Utama juga nanti. Tapi, takkan aku nak suruh Brittany dan Will pergi dulu sedangkan mereka sudah menunggu dari jam 1 lagi.

Aku keluar dari kedai buku dan terus mencari kereta Will..

No comments: