Perancangan awal ingin menonton Atonement bersama kawan baik aku terpaksa dibatalkan.
SM: Do you know that we can take Professional Ethics?
Nia: Really? What time is the class? I registered but I forget when is the class.
SM: 2 to 5 today.
Nia: Shit.
Perubahan jadual waktu secara tiba-tiba menyebabkan aku berada di kampus hingga jam 3.30 petang. 8 orang yang datang. Yang mendaftar 12. Mereka lupa agaknya. Mulanya kami pelajar tahun tiga tidak dibenarkan mengambil subjek itu. Tapi aku sengaja mendaftar juga subjek tersebut. Just in case. Memang rezeki agaknya. Akibat perubahan itu juga membuatkan aku kini hanya ada kelas 3 hari seminggu. Free on Tuesday and Friday. Pastinya selasa akan jadi hari tengok wayang, shopping atau hari tengok lukisan.
Research paper aku juga mengalami perubahan topik. Akibat typing error, yang aku kira agak bodoh, morfologi sebenarnya ditawarkan untuk sesiapa yang berminat untuk membuat research paper mengenainya. Apa lagi, aku ketuk pintu pensyarah tersebut dan memberitahu dia akan research yang aku berminat untuk lakukan under her supervision. Dia suruh aku balik dan baca tentang area morphology yang aku minat. Yes! Another thing accomplished.
Aku singgah di kedai buku untuk cari buku-buku dalam senarai yang perlu dibeli. Ada yang sudah out of stock. Aik? Ramai ke yang baca buku tuh. Kelas aku ada 20 orang je. 4.45 ambil komuter dan terus balik rumah. Sampai di hentian, aku terima mesej teks dari Brittany.
Nia. Td ak tgk atonement sorang2. best gler cite die.. haha. ko g la tgk. next week tgk cite rendition plak.. haha
Yeah. Nampaknya aku juga akan tengok Atonement sorang2 minggu depan. Ada sesiapa mahu belanja? Hehe
No comments:
Post a Comment