Aku agak excited semalam bila aku menyemak bilangan pelawat dan dari mana datangnya mereka serta apa yang membawa mereka ke blog ini. Antara yang paling popular ialah 'resipi cupcakes'. Ada juga yang berminat dengan cupcakes rupanya. Ingatkan aku seorang saja. Harapnya menjadilah resipi aku. Kalau ada yang mencubalah.
Selain itu ada juga carian 'semantik itu apa'. Hasil carian itu telah membawa pelawat dari Indonesia ke blog ini. Wah. Pelawat Indonesia yang juga belajar linguistik seperti aku. Nanti saya tuliskan serba sedikit tentang semantik ye. Harap saudara atau saudari dapat bersabar.
Ada juga carian 'laundry bar gigs'. Pastinya mereka yang berminat dengan live performance. KLPHQ, anyone?
Satu lagi ialah 'meja bulat kopitiam'. Nak buka kopitiam di mana tu? Boleh pergi cuba. Internet di rumah masih tiada. Jadi aku tidak dapat update blog sekerap yang aku mahu. Ada juga kebaikannya. Kalau tidak aku akan online 24 jam. OK lah. Perlu habiskan membaca buku This End of the Rainbow oleh Adibah Amin. Aku gunakan buku itu sebagai data untuk kertas ilmiah. Ciao!
No comments:
Post a Comment