Tiada kelas hari ni tapi aku terpaksa ke library. cari rujukan dan guna internet. terpaksa save banyak benda dan baca buku. Facebook dan blog terpaksa dilupakan buat sementara waktu. reserach paper lagi penting. yeah right. balik rumah nanti, tak buka pc, aku tengok tv. sama saja. beberapa hari yang lepas aku menonton The Passion of Ayn Rand. kali pertama aku terlepas sebab sedang tengok rancangan lain. kali ini, aku tonton juga walaupun habis pukul 1 pagi dan aku perlu bangun awal keesokkan harinya.
Ayn Rand ialah seorang penulis dan ahli falsafah. Beliau mengembangkan sistem falsafah Objectivism. Aku tidak pernah membaca buku beliau. Tapi, aku ada cerita bagaimana aku mengenali penulis ini.
Kira-kira setahun yang lepas, aku bekerja di sebuah kedai buku terkemuka di KLCC. Pelanggan-pelanggan di sini terdiri dari pelbagai golongan. Golongan professional, celebrity, royalty dan student yang mempunyai minat yang sama iaitu membaca buku. Bezanya, ada yang datang untuk membeli buku dan ada yang cuma datang untuk membaca secara percuma.
suatu hari ketika aku sedang display buku, aku ternampak seorang kerabat diraja. display adalah term yang digunakan dalam kedai buku ini. ia bermaksud ambil buku dari troli dan letakkan di rak yang betul mengikut shelf-code yang terletak pada price tag buku tersebut.
ini pertama kali aku nampak beliau di sini. aku pernah bertemu dengan beliau beberapa kali during his official visit.Tapi menurut rakan sekerja, beliau kerap ke sini. mungkin aku tidak bekerja pada hari beliau datang. aku terus mengemas shelf dan masuk ke kaunter sebentar untuk unwrap buku seorang customer. beliau datang ke kaunter. kebetulan cuma aku seorang di situ. senior staff di shelf dan mungkin di logistics.
- Excuse me, I'm looking for a book.
- Yes, sure. Can you write down the title for me, Sir?
Beliau ambil pen dan tulis Atlas Shrugged. Aku sambut dengan hormat dan terus menaip di komputer untuk menyemak buku tersebut. Yes. Atlas Shrugged adalah salah satu novel yang terkenal hasil tulisan Ayn Rand.
Buku tersebut tiada dalam stok tetapi telah di order dan akan sampai dalam masa beberapa hari. aku beritahu beliau maklumat tersebut. Beliau kelihatan agak disappointed. aku beritahu beliau aku akan reserve 1 copy for him dan minta beliau tinggalkan contact no agar aku dapat hubungi nya bila buku tersebut tiba.
Teka nombor dan nama siapa yang beliau tuliskan untuk aku?
Zara.
So, anda tahu siapa kerabat diraja itu? Kalau tak tahu, adoi kesian betul. Beliau ialah Yang Amat Mulia, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.
Tak silap aku, beberapa bulan kemudian, diumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan Tuanku Zara Salim. Aku pun telah berhenti sebulan selepas tu. Aku memang tak sangka itu adalah bakal isterinya. Aku assume pada masa itu, wanita ini mungkin setiausaha atau personal asisstant beliau. Tak terfikir langsung. Tapi kalau aku tahu pun, bukan boleh buat apa-apa. At least boleh brag dengan kawan-kawan.
Aku tahu nama bakal isteri or teman wanita YAM Raja Nazrin pada masa itu. Hehe..
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku itu di mana-mana cawangan Borders, MPH, Kinokuniya atau Times Bookstore. Selamat Membaca!
No comments:
Post a Comment