Tuesday, January 15, 2008

KLPHQ

Sesuatu yang aku sedar tentang diri aku, apabila aku bersemangat mahu lakukan sesuatu, aku mesti akan kerap melakukannya dan dengan sepenuh hati. Begitu juga kalau aku minat seseorang ke, sesuatu tempat, barang atau apa saja. Aku mahu tahu segala-galanya tentang perkara yang aku minat itu.

Now, I'm crazy over KLPHQ. Kegilaan aku sekarang ialah terhadap KLPHQ. Itu bukan terjemahan terbaik aku, jadi jangan cakap apa-apa. KLPHQ ialah sebuah band tempatan. KLPHQ stands for Kuala Lumpur Post Harmonic Quintet. Ditubuhkan pada tahun 2004, muzik mereka is described as post-rock. Tapi, post-rock yang tiada nyanyian. Err aku baru sedar kewujudan muzik post-rock ni kira-kira 2 bulan lepas. Thanks to Matt. Nak tahu lebih lanjut tentang post-rock baca post oleh Melayu Minimalis ini. Muzik mereka ni experimental, metal dan ambient. Itu description mereka di Myspace.

Macam mana aku tahu kewujudan band ni? By accident hasil carian di Google. Kalau boleh aku nak cerita macam mana aku jumpa band ni. Tapi, aku tak boleh beritahu dengan detail apa yang aku cari bagi melindungi identiti pihak-pihak tertentu dan menghormati privasi aku dan orang lain.



Video ini adalah semasa mereka membuat persembahan di Baybeats'05 di Singapura. Seorang peminat mereka telah upload video itu di blognya. First time dengar, aku terus minat pada muzik mereka. Best juga dengar lagu macam ni. Padahal muzik tiada nyanyian ini sesuatu yang baru untuk aku. Aku bukan jenis yang pergi gig. Band indie tempatan memang aku tak berapa kenal. Band luar negara yang aku kenal cuma yang mainstream.

Dalam satu interview dengan The Star tahun lepas, frontman KLPHQ, Irman Hilmi, mahu pendengar muzik mereka to feel their music. Dia memberi contoh seperti mendengar MPO. Kalau pergi MPO kena dress up and all, jadi kalau dengar KLPHQ, kamu lihat mereka dan feel muzik itu. Sayangnya aku tidak pernah berpeluang lagi mendengar KLPHQ perform live. Aku cuma dengar lagu mereka di AMP dan Myspace. Kalau mereka ada album, dah lama aku beli. Aku ada terbaca yang mereka akan masuk recording bulan 8 yang lepas, tapi mungkin ada masalah. Kalau tidak silap, aku juga ada terbaca yang Irman Hilmi pernah mentioned yang muzik KLPHQ is better appreciated when you listen it live. Sebab tu setiap kali mereka perform ada kelainan pada lagu and persembahan mereka. Kalau dah record, tentu lah sama saja kan. I guess sebab tu kut it's called experimental? Sebab boleh selalu experiment new sound.

Mereka pernah membuat persembahan di Motion Picture Soundtrack 2 di Laundry Bar, bersama dengan Deepset,. Kali terakhir mereka perform kalau tak silap la, di Figure 8 di Annexe Central Market. Next gig, err aku akan update kemudian.
Aku yang tak pernah tengok mereka perform live pun dah terminat, apa lagi mereka yang selalu pergi gig. Sampaikan ada seorang blogger dari Singapura tulis dalam blog dia, she had audiogasm bila tengok KLPHQ performed. Wow, I guess she really felt the music. She mentioned yang bassist KLPHQ has sexy arms and body movement. Aku tak tau lah KLPHQ tau ke tak pasal ni. Haha. Sampai macam tu sekali. Gila ah.

So, for gig listing, pergi Kaki Seni or KLUE. Nak dengar muzik mereka, pergi AMP or Myspace. oh ye, juga lawati laman web rasmi KLPHQ. Akhir kata, sokong lah band tempatan!

3 comments:

Anonymous said...

Hey thanks for the kinds words.
Our next show will most probably be on the 2nd of march, will keep you posted thru our myspace.

again, thanks! :)

Irman

Nia said...

You are very welcome!!!

Anonymous said...

Irman = Melayu Minimalis. Duhhh